Jam Baru 10 Pagi Dah Lapar Walaupun Makan Sahur, Ini Sebabnya…

GAYA HIDUP
May 31, 2018 - 11:45 AM


Tidur selepas waktu sahur adalah tidak digalakkan. Ada beberapa sebab yang banyak dikongsikan di media-media. Jom kita baca perkongsian daripada sudut kesihatan oleh Dr Rizal Abu Bakar.

Menurut penulisan ini, beliau kongsikan kesan-kesan buruk akibat tidur selepas bersahur. Ini katanya…

“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.

“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.

Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.

 

3 KESAN tidur lepas sahur:

1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.

 

2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksik. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.

 

3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

 

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

 

Pesan Dr Rizal, kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukanlah selepas 4 jam bersahur.

 

sumber: FB Dr Rizal Abu Bakar

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video