5 Minuman Yang Korang Tak Boleh Minum Waktu Sahur Untuk Elak Dahaga

GAYA HIDUP
April 16, 2021 - 04:59 PM


Ramai yang setuju antara cabaran paling besar ketika berpuasa adalah rasa dahaga ketika berpuasa sebab tekak korang mesti kering kan. Tapi korang tahu tak sebenarnya pilihan minuman korang pada waktu sahur turut memain peranan dalam mengawal tahap dahaga korang sepanjang hari? 

Menerusi laporan Hello Doktor, terdapat beberapa jenis minuman yang sebenarnya harus dielakkan semasa bersahur bagi memastikan badan dapat menyimpan air secukupnya semasa sedang berpuasa.

Berikut ada 5 jenis minuman yang perlu dielakkan ketika bersahur:

1. Kopi

Ini mungkin mengecewakan ramai peminat kopi. Namun anda harus tahu yang kopi membuatkan anda berasa lebih cepat haus kerana kandungan kafein pada kopi bersifat diuretik, dimana ia akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil sekaligus mengurangkan kandungan cecair dalam badan.

2. Teh

Teh juga tidak terkecuali. Walaupun ramai setuju bahawa tiada yang lebih menyegarkan selain meminum teh panas pada waktu sahur, namun ia juga sama seperti kopi, tidak sesuai diminum semasa sahur kerana kandungan kafein-nya, selain kandungan gula didalam teh yang akan menyerap bekalan air dalam badan dan membuat anda berasa lebih dahaga ketika berpuasa.

3. Minuman Berkarbonat

Anak muda mesti suka minum air gas untuk sahur kan? Pengambilan air berkarbonat sebenarnya akan lebih membuatkan anda berasa haus kerana kandungan gulanya yang tinggi, dan minuman sebegini sebenarnya boleh menyebabkan anda mengalami masalah pencernaan, dan menyebabkan perut anda kembung.

4. Minuman Tenaga

Mungin agak pelik, namun minuman tenaga juga akan membuatkan anda berasa haus kerana kandungan tenaga datangnya dari kandungan gula yang tinggi. Selain daripada gula, kandungan lain yang biasanya terdapat di dalam minuman tenaga adalah kafein.

Buat anda yang anda mengambil minuman tenaga amalkan tip berikut untuk mengelakkan risiko dehidrasi:

  • Ikut arahan label. Jangan minum lebih daripada saranan. Kebanyakan pengeluar menetapkan pengambilan maksimum satu atau dua tin (250 to 500 ml).
  • Beri perhatian kepada saiz hidangan. Terdapat minuman tenaga yang didatangkan dalam tin yang lebih besar seperti 473-ml. Tin yang lebih besar bermakna lebih kafein, gula dan kandungan herba.

5. Jus Buah Dalam Tin

Tiada yang lebih menyegarkan dari meminum jus segar. Namun situasi ini berbeza jika anda mengambil minuman buah-buahan di dalam tin. Ini kerana just buah didalam tin mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.

Lebih baik jika anda minum jus buah-buahan segar yang lebih menyihatkan seperti pisang, strawberi, atau kurma yang boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Sumber: Buzzkini