Lain Macam Soalan Ni, Ustaz Jawab Hukum Rakam Video Ketika ‘Bersama’ Isteri & Tonton Semula

GAYA HIDUP
November 10, 2022 - 02:19 PM


Video seorang lelaki yang merupakan penceramah dan mempunyai kelulusan dalam Pengajian Islam meraih perhatian ketika dia menjawab satu soalan daripada pengikutnya.

Aizuddin Hamid dikenali dalam kalangan pengikutnya di TikTok dengan konten menjawab persoalan tentang hukum dalam agama Islam.

Namun, satu soalan diajukan seorang individu tidak dikenali ini membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa perlu ia dilakukan.

@aizuddinhamiid Dah kenapa suami nak rakam masa berhubungan dengan isteri 🤦🏻‍♂️ #aizuddinhamid #fyp #suamiisteri ♬ original sound - Aizuddin Hamid

Individu tersebut bertanya tentang hukum merakam video ketika bersetubuh dengan isteri dan menontonnya bersama-sama kemudian.

Jelas Aizuddin, ia tidak haram namun merupakan perbuatan yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat apatah lagi risau jika hubungan tersebut tidak kekal lama dan bercerai.

Secara umumnya tidak haram. Tetapi perbuatan yang sia-sia, tidak memberi manfaat dan sebaliknya ditinggalkan. Boleh jadi tiba-tiba bercerai, dendam dan sebarkan.”

Tambahnya lagi, video itu juga dikhuatiri dihantar kepada mana-mana individu tanpa sengaja menyebabkan aib suami serta isteri tersebar.

Menerusi ruangan komen, sesetengah netizen akui tidak menjangka ada individu yang berfikir di luar kotak dan bertanyakan soalan sebegitu.

Segelintir dilihat bersetuju dengan jawapan Aizuddin dan berkata ia sememangnya perbuatan yang tiada faedah kerana menyimpan gambar atau video yang tidak elok.