The Lion King 2019 - Giler Real Punyalah

GAYA HIDUP
November 23, 2018 - 05:11 PM


Disney menayangkan The Lion King yang ori pada 1994. Dengan lakonan suara dari pelakon-pelakon hebat zaman 90an seperti Rowan Atkinson, Matthew Broderick, Whoopi Goldberg dan James Earl Jones. Sudah habis "test market" dengan Jungle Book, 25 selepas tayangan asal Disney akan menayangkan remake The Lion King. Kali ni semua animasi haiwan-haiwan "real" habis. Tengok le teaser trailer dibawah...

Memang kagum le... dengan lakonan suara terkini seperti Beyonce, Donald Glover, Chiwetel Ejiofor dan yang Disney tak boleh nak kompromi adalah suara Rafiki oleh James Earl Jones. Cuma agak hampa lakonan suara watak Timon dan Pumbaa bukan Nathan Lane dan Ernie Sabella. Tetapi diganti oleh Seth Rogen (Pumbaa) dan Billy Eichner (Timon). Harap-harap mereka tak rosakkan watak dua haiwan paling kelakar dalam cerita ni.