
Look Of Plus Size 2019, Ketengahkan Bakat Wanita 'Plus Size' Dalam Pelbagai Bidang
GAYA HIDUPKebiasaan stigma masyarakat akan memilih rupa daripada bakat, hal ini secara tidak langsung menidakkan hak dan menenggelamkan bakat yang ada dalam seseorang individu.
Antara golongan yang sering terkesan dengan hal ini adalah mereka-mereka yang plus size.
Membawa misi utama untuk memperkasakan wanita tidak mengira saiz, Look Of Plus Size 2019 diadakan untuk mencari mereka yang berbakat seterusnya berjaya dalam bidang dan kerjaya yang kebiasaannya dimonopoli mereka yang hanya ‘menjual rupa’.
Difahamkan, acara Look Of Plus Size 2019 akan disertai oleh lebih daripada 20 orang peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang serta peringkat umur. Acara yang diilhamkan oleh Xtravaganza Management yang diketuai oleh pereka fesyen, Azhar Zainal.
Acara ini boleh dikatakan satu platform untuk mengangkat dan mengetengahkan bakat mereka-mereka yang berada dalam kategori ‘plus size’ dalam pelbagai bidang dan secara tidak langsung nanti akan mewarnai industri hiburan terutamanya.
Peringkat akhir acara ini akan berlangsung pada 27 April 2019 dengan mengetengahkan konsep Busana Warisan yang mana mereka-mereka yang bertanding akan mengenakan busana batik ataupun songket.
Acara ini diharapkan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi industri pelancongan menerusi fesyen dan busana warisan.
Credit : SRCCPublicity
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video