Marshal Motorsikal Berkuasa Tinggi Buat Hal Lagi!

GAYA HIDUP
December 06, 2021 - 04:43 PM


Baru je hujung bulan lepas, topik pasal marshal ini menjadi bualan netizen, kali ini ada lagi kes macamni. Marshal yang berlagak macam polis trafik ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain. Beliau yang terpaksa ketepi dan memperlahankan kenderaannya untuk memberikan laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi seperti yang diarahkan oleh beberapa orang marshal konvoi tersebut.

Pihak Polis Daerah Port Dicksan telah memberi reaksi dan mereka sedang mencari individu yang terlibat berdasarkan rakaman tersebut. Pihak Polis menyeru kepada orang ramai yang memiliki maklumat kejadian tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Pihak Polis menyatakan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak pengguna lain di jalan raya awam.

Siasatan dijalankan bawah Sek.21 Akta Polis 1967, Sek.48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

Destination: