Merancang Percutian di Saat Akhir? Ini Mungkin Tip Yang Anda Perlu Tahu





1. Install Apps Travel

Zaman sekarang memang memerlukan applikasi di telefon pintar, dari booking hotel hingga penerbangan, ianya lebih mudah menggunakan applikasi. Berbagai applikasi travek yang anda boleh guna, antaranya booking.com, agoda, skyscanner dan banyak lagi. Bila dah install semua applikasi travel ini, percutian di saat akhir bukan lagi masalah.

2. Waktu Perjalanan

Perjalanan menaiki kenderaan mudah kerana dapat merancang perjalanan sendiri. Pilih bertolak awal pagi atau tengah malam kerana waktu berkenaan bukan waktu puncak. Namun, waktu tengah malam lebih berisiko, jadi bertolak selepas Subuh atau awal pagi bagi mengelak kesesakan.

Jika menaiki kapal terbang, pilih penerbangan paling awal, seawal jam 6 atau 7 pagi kerana pada waktu itu harga penerbangan lebih murah berbanding tengah hari. Selain itu, tidak ramai yang mengambil penerbangan waktu itu, jadi perjalanan lebih mudah dan tidak perlu bersesak.

3. Pilihan Tempat Tinggal

Kadangkala, percutian ‘last minute’ anda berlaku pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan mungkin hotel tiada kekosongan. Justeru, pilih tinggal di ‘homestay’ untuk pengalaman yang baru atau tinggal di rumah keluarga dan saudara terdekat. Selain bercuti, anda dapat menziarahi mereka dan mengeratkan hubungan.

Jika bercuti ke luar negara, pilih tinggal di asrama atau sauna awam. Korea misalnya banyak sauna awam yang boleh disewa untuk bermalam. Ia bukan saja memudahkan kerana tidak perlu berpusing mencari hotel, malah mencuba pengalaman baru. Di Europe juga banyak B&B yang murah2 boleh korang sewa.

4. Pilihan Makanan

Kebiasaannya restoran atau kedai makan yang ingin dikunjungi adalah yang popular dan menjadi tumpuan pelancong, keadaannya pasti sesak dengan orang ramai. Justeru, buat panggilan atau tempahan dahulu.

Tanya penduduk tempatan tempat makan yang biasa mereka kunjungi. Pilih makan di gerai atau makanan jalanan yang banyak mencerminkan budaya tempatan kerana ia mungkin tidak dapat dijumpai di tempat lain.

Namun, tahap kebersihan masih perlu diambil kira.

5. Pilihan Aktiviti

Memandangkan percutian saat akhir tidak dapat dirancang dulu, aktiviti yang bakal dilakukan tidak dapat diatur. Ini kerana sesetengah aktiviti memerlukan tempahan awal atau membuat bayaran awal terlebih dulu.

Jadi, pilih untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan bayaran seperti berkunjung ke pantai atau berkunjung ke taman awam atau tempat bersejarah yang ada. Ia memberikan anda lebih waktu untuk menghargai masa di tempat baru selain lebih mengenali sejarah dan budaya tempatan selain meluangkan masa yang berkualiti.

5 tip yang simple namun mungkin boleh membuat percutian last minutes korang menjadi ohsem….Akhir kata selamat bercuti!!!