Nak Pakai CCTV Dekat Rumah Tapi Renyah? Beli Je Yang Pakai Bateri Ni!

GAYA HIDUP
June 22, 2021 - 06:22 PM


Sekarang ni memang musim orang duduk rumah boleh kata 24 jam dan antara yang paling penting apabila sentiasa berada di rumah adalah keselamatan sama ada ketika korang sedang terjaga, ataupun ketika korang sedang tidur. Memasang sistem penggera di rumah, dan sistem kamera litar tertutup selalunya boleh memakan kos yang tinggi, ataupun renyah sekiranya perlu memerlukan wiring.

Jadi, kalau korang tengah mencari sebuah CCTV yang senang giler untuk dipasang bagi kegunaan rumah, Ezviz BC1 adalah antara CCTV yang mampu milik, mudah dipasang, tanpa wayar, dan paling syok sekali bateri dia boleh tahan guna sampai setahun! 

Kalau pasal video yang dirakam pula, Ezvic BC1 ni memang gempak, siap boleh rakam dalam Full HD sehingga 30fps. Video yang dirakam pula dimampat dengan teknologi pemampatan video H.265 yang mengoptimumkan ruang simpanan.

Tapi yang paling menarik perhatian min tentang Ezvic BC1 ni adalah kerana ianya mempunya alat pembesar suara, dan mikrifon untuk tujuan komunikasi dua hala. Lepas itu, Ezvic BC1 juga akan menghantar notifikasi kepada telefon korang sekiranya kamera tersebut mengesan pergerakan, jadi korang boleh berborak menggunakan kamera tersebut dengan sesiapa yang berada di luar rumah. 

Harga adalah seperti berikut:

  • 1 kamera + 1 pusat kawalan – RM549
  • 2 kamera + 1 pusat kawalan – RM879
  • 3 kamera + 1 pusat kawalan RM1,229