Nanti Jalanraya Jadi Musikal! India Mahu Tukar Bunyi Hon Dengan Alunan Muzik

GAYA HIDUP
October 07, 2021 - 09:04 PM


Kalau setiap kereta dipasangkan dengan bunyi hon seakan-akan lagu? Agak-agak para pemandu akan peka ke dengan bunyi yang dikeluarkan jika ianya adalah sebuah amaran? Hmm

Menteri Pengangkutan India kini sedang mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang yang akan menggantikan bunyi hon kenderaan di negara itu kepada bunyi peralatan muzik.

“Saya sedang mengkaji perkara ini dan bercadang untuk menggubal undang-undang yang membolehkan bunyi hon semua jenis kenderaan diubah kepada instrumen muzikal India agar lebih sedap didengar,” kata Nitin Gadkari.

Bunyi hon kenderaan itu boleh digantikan dengan bunyi peralatan muzik seperti seruling, tabla, biola atau harmonium.

Jelas Nitin, beliau mahu menggantikan bunyi siren menjengkelkan yang digunakan ambulans dan kenderaan polis dengan bunyi yang lebih menyenangkan.

India mempunyai beberapa bandar paling bising di dunia dengan jalan raya sesak dipenuhi pengangkutan seperti beca, bas, teksi, motosikal dan kereta hampir setiap masa.

Hon kenderaan dianggap sama penting seperti pemecut dan digunakan secara kerap oleh pemandu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai kehadiran mereka.