Pelajar Tingkatan 1 Ugut Tikam Rakan Kerana Taknak "Hisap"

GAYA HIDUP
July 19, 2022 - 05:35 PM


Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan rakannya berusia 10 tahun dan mengugutnya dengan pisau selepas mangsa enggan menuruti kemahuannya untuk melakukan oral seks.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah taman perumahan di Gurun dekat sini kelmarin, mangsa mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek.

Malah terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu suspek berumur 13 tahun itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan mengarahkan mangsa melakukan oral seks, tetapi pelajar itu enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya.

Berang kemahuannya tidak diikuti mangsa, kata Zaidy, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan mangsa takut dan lari pulang memberitahu bapanya berkaitan kejadian itu.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun dan pada pukul 7.19 malam semalam suspek ditahan di rumahnya.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan di bawah Sekyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,”

Destination: