"Mintak Tunjuk Kaki & Hantar Gambar Kemaluan" - Antara Dakwaan Mesej Ebit Lew Kepada Mangsa

GAYA HIDUP
December 20, 2022 - 05:03 PM


“Antara pesanan adalah satu mesej suara dari Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’, ” kata pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Pendakwah tersebut memaklumkan mesej suara yang didengar sendiri secara terus daripada telefon bimbit ‘Pengadu’ (identiti tidak didedahkan) melalui aplikasi WhatsApp.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata, turut dilihat beberapa mesej lain serta gambar lucah.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp iaitu ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’.

“Saya melihat semua mesej dan gambar berkenaan apabila bertemu dengan ‘pengadu’ dan suami selepas laporan polis dibuat pada 7 Ogos 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Sementara itu, Firdaus dalam kesaksian sama memaklumkan dirinya turut melihat terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi perbualan antara ‘pengadu’ dan pendakwah selebriti berkenaan.

“Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew,” katanya yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Terdahulu, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini bagi menghadiri sambungan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan dirinya.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom. 

Sumber: Kosmo

Destination: