Ebit Lew Berani Masuk Kawasan "Panas" Di Brazil, Demi Salur Bantuan

GAYA HIDUP
December 09, 2021 - 04:01 PM


Penceramah terkenal di tanah air iaitu Ustaz Ebit Lew telah terbang ke Brazil demi menjalankan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sana pada awal Disember yang lalu

Beliau telah disambut dengan terbuka oleh warga tempatan di sana. Rata-rata penduduk Brazil memuji kebaikan yang dilakukan oleh beliau sehingga berani menziarah satu kawasan yang agak 'panas' di Sao Paolo dan bertemu dengan ketua kawasan di sana.

Sebelum ini, Ebit Lew juga telah berkongsikan beberapa gambar semasa beliau dan juga pasukannya memberi bantuan kepada anak-anak kecil yang berada di sekitar Pavela Rio.
 

Katanya, dia berasa begitu sedih dan juga sayu apabila melihat anak-anak kecil yang dijaga oleh nenek mereka hidup serba kekurangan. Malah, anak-anak kecil tersebut kelihatan begitu gembira dan seronok ketika menerima sumbangan dan hadiah dari pihak Ebit Lew.

Destination: