Pendakwah Bebas Disyaki Rogol Perempuan 14 Tahun

GAYA HIDUP
July 20, 2022 - 02:49 PM


Seorang penceramah bebas popular ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

@omyqay #pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound - Fathi Naim

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sasikala berkata, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu.

Hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.

"Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama.

Destination: