Pening Nak Tampil Berbeza Di Pagi Lebaran? Ini 6 Gaya Hijab Terkini Untuk Anda!
GAYA HIDUPSiapa yang tak nak nampak cantik dan menawan di pagi Lebaran, kan? Lagi-lagi orang perempuan, semua nak kelihatan ‘on-point’ terutama dalam pemilihan gaya hijab agar terletak cantik di atas mahkota kepala mereka.
Seperti juga fesyen pakaian, hijab pun turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang, shawl chiffon dan tudung bawal, banyak lagi trend hijab terkini yang boleh digayakan ketika menyambut Hari Raya sepanjang bulan Syawal nanti.
Berikut adalah 7 gaya hijab yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian citarasa dan keyakinan diri.
1. Klip Rambut Di Tudung
Bagi tahun 2019, gaya mengenakan hijab dengan hiasan penyepit rambut seakan menjadi trend wanita berhijab kini.
Sepit yang sinonim digayakan pada rambut wanita kini diletakkan di bahagian depan tudung.
Antara beberapa selebriti yang turut mengenakan trend sepit tudung ini adalah Datin Vivy Yusof, Sarah Suhairi serta ramai personaliti media sosial.
Hadir dalam pelbagai warna dan bentuk, sepit hijab ini nampaknya menarik perhatian wanita di luar untuk dicuba.
Anda rasa bagaimana? Cantik atau tidak gaya ini dikenakan ketika lebaran nanti? Atau adakah ia sedikit pelik atau kelihatan 'over' untuk menggabungkan tudung bersama sepit rambut? Hehehe...
2. Tudung Bawal Stail Anak Beranak DS Wan Azizah & Nurul Izzah
Tidak dinafikan fesyen golongan orang kenamaan, selebriti dan juga ahli politik sentiasa mendapat perhatian ramai.
Salah seorang daripadanya adalah anak-beranak yang memang terkenal dalam arena politik tanah air iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Gaya pemakaian tudung bawal yang ringkas dan polos oleh ibu dan anak ini semakin menjadi ikutan oleh wanita yang ingin kelihatan ayu dan sopan seperti mereka berdua.
Tanpa gaya berlebihan, sebaliknya hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara itu sangat menarik dan boleh dijadikan trend hijab sempena Syawal nanti.
Begitu juga dengan Nurul Izzah yang lebih selesa menyarung bawal bagi memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
3. Tudung Empat Segi Fabrik Satin
Permulaan tahun 2019 banyak jenama tudung terkemuka tempatan mengeluarkan koleksi tudung bawal satin dengan pelbagai corak.
Tudung bawal dari fabrik satin boleh beri aura keanggunan dan mewah pada si pemakai.
Paling menawan setiap kali mengenaikan tudung jenis ini tentunya selebriti, Mira Filzah yang anggun dengan gaya ringkasnya.
Fabrik berat ini mudah digayakan dan dibentuk, malah kalau bercorak pula sesuai dipadankan dengan busana warna polos.
Anda tidak memerlukan gaya lilitan yang terlalu kompleks untuk tudung ini kerana dengan mengenakan satu atau dua pin sahaja, anda sudah kelihatan jelita dengan corak yang membantu melengkapkan penampilan anda di pagi Hari Raya.
4. Shawl Panjang Bermotif
Selendang atau 'shawl' tetap menjadi pilihan bagi wanita yang gemarkan pelbagai jenis lilitan dan fesyen dalam memperagakan hijab mereka.
Jika dulu shawl polos tanpa sebarang motif menjadi kegilaan, namun kini shawl panjang dengan motif bercorak atau bunga timbul lebih digemari oleh wanita yang ingin melengkapkan penampilan mereka agar lebih anggun dan ayu di Aidilfitri ini.
Malah dengan shawl yang lebih panjang, lebih banyak gaya yang boleh ditampilkan pemakainya dengan kreativiti yang berbeza serta disesuaikan dengan baju raya anda.
5. Shawl Instant
Siapa kata trend tudung 'instant' atau tudung sarung semakin 'oudated' dan ketinggalan zaman?
Selagi trend wanita bekerjaya seperti zaman sekarang, selagi itulah gaya tudung sarung akan kekal relevan dan menjadi pilihan mereka.
Selain mudah digayakan, hanya sarung sahaja ke bahagian kepala. Tudung instant kini dilengkapi dengan pelbagai hiasan seperti corak timbul, manik-manik dan bunga printed 3D.
Kebanyakkan shawl instant yang cantik dan kelihatan terletak elok di atas mahkota wanita tentunya daripada material chiffon yang berat.
Selain lebih manis dipandang mata, si pemakai juga dapat bersiap dengan lebih pantas dan cepat di pagi Hari Raya.
6. Hijab ‘Pin Less’
Tanpa menggunakan pin (pin less) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.
Disebabkan itu juga, tudung pinless masih popular dan menjadi pilihan bagi setiap wanita jika mahu bersantai atau menghadiri sebarang acara.
Trend terkini untuk Raya 2019, tudung pinless kebanyakkannya hadir dengan hijab berjurai atau ripples dengan warna-warna asas.
Jadi penampilan anda dengan baju kurung atau kebaya akan lebih menarik dengan hijab pin less bak kata pepatah 'less is more'!
7. Hijab Cantik Bermula Dari 'Mahkota' Wanita
Walaupun pelbagai trend hijab terkini yang boleh digayakan sewaktu Aidilfitri nanti, namun ia tidak akan berguna sekiranya rambut anda tetap mengalami kegatalan akibat kelemumur atau masalah rambut gugur.
Yela dah cantik-cantik lilit dan pin tudung sana sini, tapi belum sampai lagi ke rumah yang nak dituju untuk berhari raya, gaya hijab anda terus nampak selekeh sebab anda asyik menggaru di bahagian kepala yang akhirnya terus menghilangkan mood raya anda.
Jadi bagi mengelakkan perkara itu, sebelum mengenakan sebarang hijab pastikan anda mencuci rambut dengan betul iaitu menggunakan syampu, pelembap dan juga hair treatment mask supaya kulit kepala anda sihat dan rambut menjadi kuat dari akar hingga ke hujungnya.
Anda tak tahu brand apa yang ada pakej lengkap penjagaan rambut yang efisien?
Jangan risau sebab L'oreal Paris Elseve ada set penjagaan lengkap rambut untuk anda terutama yang berhijab!
Cara penggunaannya juga mudah iaitu anda hanya perlu mencuci rambut dengan syampu Elseve Anti-Hairfall yang berwarna pink untuk mengatasi masalah keguguran rambut atau nak lebih power lagi yang turut menghilangkan kelemumur anda boleh pilih syampu Elseve yang berwarna biru kerana ia dilengkapi dengan Anti-Dandruff juga.
Beli Produk L'oreal Paris Elseve di Shopee Sekarang
Kedua-dua syampu ini mengandungi protein 'Arginine' dan ZnPT yang dapat menguatkan rambut anda dan menghilangkan kelemumur serta memberi nutrisi kepada kulit kepala sehingga ke akarnya.
Selepas syampu, anda boleh menggunakan pelembap atau conditioner Elseve bagi melembutkan rambut dan membuatkannya lebih bersinar.
Beli Conditioner Elseve di Shopee Sekarang
Kemudian, penjagaan rambut wajib diakhiri dengan pemakaian hair treatment mask Elseve bagi memastikan rambut anda benar-benar terawat dan mendapat kesan yang lebih efektif.
Caranya anda perlu memerah sedikit rambut anda yang basah dan sapukan krim treatment mask ke rambut serta biarkannya selama seminit sebelum rambut anda dibilas dan dicuci dengan sempurna.
Bagi anda yang berhijab kenalah pandai jaga 'mahkota wanita' anda dahulu. Jangan sibuk beli tudung sampai penuh almari tapi rambut gatal, busuk dan tidak terurus.
Beli Hair Treatment Mask Elseve di Shopee Sekarang
Jadi untuk tampil bergaya dan menawan di Hari Raya ni, anda cepat-cepatlah dapatkan produk penjagaan rambut L'oreal Paris ini di 5 Mydin yang terpilih di seluruh negara sebab anda berpeluang memenangi hadiah menarik yang bernilai RM20,000 hanya dengan pembelian RM15.
Jika anda membuat pembelian RM25 ke atas, bukan sahaja anda layak mendapat cabutan bertuah barangan tersebut malah anda juga bakal menerima tuala ekslusif daripada L'oreal Paris secara percuma.
Jadi segera dapatkannya di 5 Mydin terpilih seperti di bawah ini:
- Mydin MITC Melaka
- Mydin Subang Jaya
- Mydin Bukit Jambul
- Mydin Kuala Terengganu
- Mydin Meru Raya
Jika berminat nak beli boleh juga beli secara online di Shopee