Penyakit Sosial Tempat Kerja Yang Perlu Dielakkan





Selain di rumah, rata-rata orang kita boleh dikatakan lebih banyak habiskan masa di pejabat. Dalam tak sedar, bila kita dah selesa di pejabat, akan datang beberapa ‘penyakit’ dan kalau tak dirawat akan menjadi barah yang boleh ‘mematikan’ kerja kita sendiri.

Mugkin tak wujud gejala-gejala atau penyakit macam ni di tempat kerja korang, ataupun lain penyakitnya, ini ada beberapa penyakit yang selalu wujud di tempat kerja yang patut korang elak.

Kalau kita perhati, semuanya akan berkait dengan prestasi dan produktiviti kerja korang sendiri.

Antara penyakit sosial yang ada di tempat kerja ni termasuklah ;

#1. Disiplin

Bulan pertama, cantik je jaga waktu punch card. Bulan kedua, cantik lagi. Lepas je tempoh probation, mulalah ada merah-merah sikit. Betul tak? Bukan semua, tapi kitorang yakin, mesti ada yang macam ni dekat tempat kerja korang kan?

Selain disiplin dari segi masa, dalam pemakaian macam mana pulak, grooming dan sebagainya. Kalau syarikat tu memang ada dresscode, kenalah ikut. Ini, nampak kawan-kawan pakai t-shirt, kita ikut sekali. Selagi tak kena tegur dengan HR, selagi itulah kita buat. Betul tak?

 

#2. Penyakit ‘M’

MALAS. Ini antara yang paling famous dekat mana-mana tempat kerja sekalipun. Mula-mula secara kecil-kecilan, lajak waktu sarapan, curik-curik tidur dekat surau, lama-lama jadi teruk. Mulalah nak mengelat sini sana.

Stop! Bila kita tengok kawan-kawan atau diri sendiri dah ada simtom macam ini, tegurlah. Ingat balik kenapa kita sanggup terima tawaran kerja ni dulu.

 

#3. Pecah Amanah

Ha, bila sebut pasal pecah amanah, ramai yang sangka curi duit syarikat je. Salah tu, pecah amanah ni besar cabang dia.

Baik dari segi salah gunakan harta syarikat untuk kepentingan diri sendiri, sampailah ke kes mengelapkan duit. Bila namanya amanah, kita jaga lah sebaik mungkin. Jangan kerana gelap mata, sanggup ambil sikit, lama-lama bila dah ‘sedap’ tak kantoi, amik banyak pulak.

Jangan, perkara-perkara macam nib oleh hancurkan masa depan. Korang akan bermasalah besar kalau dah ada rekod yang tak cantik ni.

 

#4. Buli

Bukan takat dekat sekolah, dekat tempat kerja pun ada lagi gejala membuli ni. Mungkin disebabkan status sebagai pekerja ‘senior’ jadi kalau ada staff baru, semua benda korang nak dia settekan. Mentang-mentang dia baru, semangat nak buat kerja tu tengah ada, korang bantai amik kesempatan.

Janganlah macam tu, walaupun kadang-kadang korang tak perasan. Kalau korang tu boss sekalipun, tak salah nak bagi arahan, cuma berpadalah. Jangan sampai membuli ye boss. Hehehe

 

#5. Laman Sosial

Perkara ini memang dekat mana-mana office pun ada! Sampai ada beberapa syarikat yang sekat penggunaan Facebook di pejabat. Bukan apa, kerja 5 minit, jadi setengah jam nak siap, alasannya busy. Padahal, sibuk duk tengok video viral atau melayan komen dekat Facebook.

Tapi, kalau pekrjaan korang tu memang memerlukan korang bukak media sosial sewaktu bekerja, itu lain cerita. Gunakan dengan berhemah, jangan salah guna kelonggaran yang korang dapat tu sudah. Hehe..

 

#6. Membawang

Ini biasa. Baik perempuan, mahupun lelaki. Sama aje dua-dua. Kadang-kadang, dari kedai mamak, membawa sampai ke dalam office. Lepas tu, mula lah cakap-cakap belakang.

Ini tak suka yang itu, yang itu buat kerja tak ngam dan sebagainya.

Kalau ada perkara yang tak kena, jumpa terus dengan pihak berkenaan. Settlekan cara professional. Bukan bawak mulut sana-sini, itu bukan jalan penyelesaian.

 

Jadi, dalam banyak-banyak penyakit ni, yang mana gejala yang wujud dekat tempat kerja korang? Kalau ada, cepat-cepat jauhkan diri. Jadi pihak berkecuali. Kuarantinkan diri. =D