Percaya Atau Tidak, Ini Adalah Tanda-Tanda Anda Alah Kepada Senaman.

GAYA HIDUP
January 25, 2018 - 09:00 AM


Pada awalnya, kedengaran agak pelik. Iyelah, selalunya apa yang akan terlintas di fikiran kita bila sebut pasal senaman ialah kebaikan. Tunggu dulu, senaman juga boleh menyebabkan alahan.

Alahan kepada senaman ini dipanggil Anafilaksis. Ia merupakan suatu yang jarang berlaku namun agak serius. Anafilaksis merupakan tindakbalas yang teruk berlaku semasa atau selepas latihan fizikal.

Antara tanda-tanda anda mengalami alahan adalah :

  • Kegatalan pada kulit
  • Kesukaran bernafas
  • Masalah saluran penghadaman
  • Loya
  • Kekejangan abdomen
  • Cirit Birit

 Menurut Healthline terdapat beberapa jenis anafilaksis yang patut anda ketahui:

  1. Anafilaksis semasa atau mengikuti latihan
  2. Anafilaksis disebabkan makanan serta senaman
  3. Terdapat juga kes-kes di mana alahan berlaku sebaik sahaja selepas makan dan bersenam.
  4. Setengah ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat anti-radang boleh mencetuskan alahan seperti juga suhu, kelembapan, dan hormon yang melampau.

Bagi sesiapa yang mengalami alahan ini, rawatan yang terbaik adalah pencegahan. Menurut Emedicine, penghidap anafilaksis disebabkan senaman boleh mengambil langkah untuk mengurangkan aktiviti fizikal untuk mengurangkan kekerapan berlakunya serangan.

Bagi yang mempunyai masalah berkaitan makanan, elakkan makan makanan pencetus 12 jam sebelum sesi senaman.

Selain itu, elakkan bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca yang sangat lembab, panas atau sejuk yang melampau.

Pesakit harus dididik tentang penggunaan suntikan kecemasan (mengandungi epinephirine) yang betul. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada doktor untuk suntikan ini.

 

Sumber : Glam Lelaki