Persiapan Yang “Ibu Muda” Perlu Tahu Dalam Menguruskan Anak Kecil

GAYA HIDUP
September 06, 2019 - 09:00 AM


Sebelum korang kecam, nak diingatkan yang ibu muda yang dimaksudkan adalah wanita yang pertama kali nak menimang cahaya mata dan bukanlah ‘ibu muda’ yang lagi satu ye!

Selain perkahwinan, satu lagi momen atau perkara yang dinantikan oleh pasangan suami isteri adalah menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi anak pertama. Tidak dinafikan, memang ada banyak perkara atau persediaan secukupnya. Baik dari mental, fizikal dan juga kewangan.

Adakalanya, disebabkan terlalu excited; ada ibu bapa berhabis atau berbelanja secara berlebihan untuk menyambut anak. Ini secara tak langsung akan memberikan masalah, dan ada yang sampai tertekan.

Sebenarnya, jika kena gaya, persediaan bersalin dan menguruskan anak kecil ni tidak sesukar mana. Ikuti cadangan dan senarai keperluan asas yang ibu muda perlukan untuk menguruskan anak kecil ini.

Persediaan Bersalin

Sebelum bersalin, biasanya ibu mesti dah pergi buat pemeriksaan kandungan kan? Jadi buku rekod tu, jangan letak sepah-sepah okay?

Paling penting, bincang dengan suami tentang tempat nak bersalin nanti. Hospital mana dan sebagainya. Kemudian, kedua – duanya perlu lengkapkan diri dengan ilmu tentang melahirkan dan nak terima anak pertama. Ini penting ye. Baik ibu, atau ayah. Dua – dua kena main peranan.

Rajinkan buat bacaan sama ada buku, laman web berkaitan dan sebagainya.

Kalau semua diatas dah dibuat, boleh tengok senarai semak atau checklist perkara dan persediaan yang perlu untuk menyambut anak kecil korang.

#1. Pakaian Bayi

Dari segi pakaian, dinasihatkan mencari pakaian yang diperbuat 100% kain kapas atau cotton. Perlu diingatkan, fasa bayi baru lahir ni proses tumbesaran dia agak cepat dan seeloknya mulakan dengan beberapa helai dahulu. Kendian korang tambah lah mengikut kesesuaian.

Cadangan : Sediakan beberapa helai baju. Lengan panjang dan lengan pendek. Korang tahu kan cuaca Malaysia ni macam mana, jadi pakaikan ikut kesesuaian cuaca. Jangan sampai tak selesa bayi nanti.

Kedua, dah ada baju, mesti nak ada seluar kan. Jadi seluar pun biasanya datang sekali dengan baju. Beli sepasang, jimat sikit. Kendian, stoking, sarung tangan, topi atau penutup kepala dan barut.

Pasal baju tadi, kebanyakan baju untuk newborn ni biasanya one-piece. Hepp! Bukan kartun anime tu ye.

 

#2. Keperluan Menyusu

Untuk keperluan menyusu, peringkat awal mesti korang akan menyusu badan kan. Jadi jangan terlepas pandang keperluan macam baju dalam khas untuk menyusu, pengepam susu, botol dan puting, berus botol dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu.

Kalau untuk ibu berkerja, jangan lupa beg dan pam mudah alih untuk susu badan.

Bagi yang nak berikan anak susu formula, pastikan cari susu yang sesuai dengan bayi. Boleh tanyakan kepada doktor untuk dapatkan nasihat dalam hal ini. Selain tu, dah boleh start invest untuk beli termos mudah alih, bekas susu dan bekas untuk letak air masak.

 

#3. Kelengkapan Mandi

Untuk keperluan mandi ni, dari segi sabun dan sebagainya carilah yang mesra dengan kulit bayi. Sebabnya kulit anak kecil ni masih lembut dan tak sesuai dengan produk untuk orang dewasa, jadi carilah yang khas untuk bayi ye.

Selain tu, boleh mula cari tuala lembut untuk bayi. Lagi elok kalau jenis yang ada penutup kepala tu, boleh bendung bayi terus lepas mandi.

Kalau dah ada semua tu, boleh jugak kalau nak sediakan siap-siap barangan tambahan seperti tisu basah, tisu anti-bakteria, alas bayi, minyak angin untuk perut bayi, krim ruam dan sebagainya.

 

#4. Keperluan Tidur

Untuk keperluan tidur bayi, pada peringkat awal mungkin akan menggunakan katil sama dengan ibu bapa. Selepas itu, boleh lah kalau nak cari katil khas untuk bayi dan sebagainya.

Untuk kawasan tidur ni, biasanya sediakan tilam khas bayi, bantal, lapik tilam kalis air, selimut bayi yang lembut dan ringan. Kendian, sediakan jugak kelambu kalau – kalau ada nyamuk nakal nak gigit anak nanti.

Selain tu, kalau anak dah start lasak nanti… Sediakan banyak-banyak bantal untuk dijadikan ‘pagar’. Sebab, banyak kejadian anak kecil jatuh katil masa tidur. Kalau tak pun, terhantuk katil. Jadi, bila anak dah start lasak nanti, pastikan kawasan yang ada potensi untuk anak jatuh atau terhantuk tu kita tutup siap – siap.

 

#5. Lampin Bayi

Sengaja kami letakkan lampin ini perkara yang terakhir sebab banyak benda yang nak diceritakan berkenaan lampin bayi ni.

Masalah utama yang sering berlaku adalah pemilihan lampin dan antara kesalahan ibu bapa yang baru atau pertama kali berjalan dengan bayi adalah tidak menukar lampin bila tiba waktunya.

Kena ingat, ruam lampin boleh mengakibatkan bayi anda tidak selesa dan meragam  dan kebiasaannya ada 3 perkara menyebabkan ruam lampin : pengudaraan, bakteria daripada air kencing atau najis dan kelembapan kulit.

Jadi, sesuai dengan kulit bayi baru lahir, anda perlu memilih lampin yang lembut, memberikan pengudaraan yang bagus dan tidak senang bocor. Contoh; cari lampin yang ada keluarkan saiz kecil atau kalau jenama Genki!, boleh beli saiz S. 

Kenapa Genki! ?

Ada 3 kekuatan pada Genki!, lagi – lagi kalau nak pakai untuk jangka masa yang lama iaitu ia sangat lembut, penyerapan yang baik dan lebar dan yang paling penting bahan yang breathable iaitu membenarkan pengaliran udara yang baik.

Ini merupakan faktor yang amat penting sebab ia akan mengurangkan lembapan pada kulit bayi, jadi bila keadaan kering, susah untuk naik ruam lampin.

Kedua, bahan atau material yang lembut akan memberikan keselesaan pada bayi. Cuba bayangkan, kita yang dewasa ni, kalau salah pakai baju pun kadang-kadang tak selesa. Inikan pulak bayi.

p/s : Saiz lampin juga mainkan peranan kalau nak bagi bayi selesa, caranya mudah, pastikan lampin tidak terlalu ketat. Periksa bahagian peha bayi supaya ada ruang dan tidak terlalu ketat.

Dengan tagline 'Kelembutan Awan', rasanya anda boleh bayangkan betapa lembutnya lampin daripada Genki! ni. Paling penting, ia menggunakan teknologi daripada Jepun dan dari segi saiz; ianya sesuai dan sepadan dengan bayi baru lahir. 

Kalau anda nak cuba jenama Genki! ni untuk bayi anda, boleh cuba Genki! Tape, saiz S.

Sebabnya ini memang dikhaskan untuk newborn. Cuba tengok di Lazada atau Shopee, jimat jugak harganya…

Maklumat lanjut boleh je tengok di laman web Genki! atau terus ke Facebook mereka dekat bawah ni ye~