Pening Nak Tentukan Nama Bayi Yang Bakal Lahir? Mira Filzah & Suami Kongsi Tutorial Apps Yang Boleh Bantu Anda!

GAYA HIDUP
August 04, 2022 - 12:16 PM


Bagi golongan ibu bapa terutama yang pertama kali menimang cahaya mata, antara perkara paling sukar adalah mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir.

Selain mahukan nama yang mudah disebut, sedap didengar serta membawa makna yang baik kepada si kecil juga merupakan impian semua ibu bapa.

Ada ibu bepa yang membuat rujukan di internet, membaca buku nama-nama Islam serta berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan nama yang sesuai bagi bayi mereka.

Namun pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah yang baru-baru ini dikurniakan cahaya mata lelaki berkongsi bersama netizen sebuah aplikasi menarik yang boleh dijadikan panduan buat ibu hamil mencari nama anak mereka.

Mira Filzah menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar memaklumkan kepada netizen bahawa dia dan suami sepakat mencari nama anak mereka, Wan Khair Amir melalui aplikasi yang disebut "Tarteel: Quran A.I."!

Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan -- beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. 

Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di Instagram.

Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!

Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.

Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.

“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.

Terdahulu, anak pasangan ini, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei lalu dan kini berusia hampir tiga bulan.

 

 

Destination: