Suami Lengkap Dos Vaksin Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Tak Lama Lagi?

GAYA HIDUP
September 27, 2021 - 01:48 PM


Kalau sebelum ini, ibu yang melahirkan bayi terpaksa 'bertarung' kesakitan sendirian di Bilik Bersalin tanpa kehadiran suami di sisi akibat pandemik Covid-19 -- namun tak lama lagi ianya bakal berakhir.

Ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mempertimbangkan kebenaran untuk suami yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter rasmi masing-masing, pada Isnin.

Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian selepas ditanya seorang pengguna Twitter agar mempertimbangkan supaya suami dibenarkan untuk menemani isteri di bilik bersalin sekiranya telah lengkap vaksinasi dan melakukan ujian saringan COVID-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,"Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan'.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin 

 

Destination: