Perhatian Buat Ibu Bapa! Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Kini Dibuka

GAYA HIDUP
July 22, 2021 - 04:18 PM


Jika sebelum ini pendaftaran vaksin hanya terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas -- namun kini aplikasi MySejahtera telah membuka pendaftaran tersebut kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.

Pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Jadi jika anda ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil sudah boleh untuk mendaftarkan mereka bagi mendapatkan tarikh suntikan vaksin.

Sebelum ini, viral di aplikasi WhatsApp mendakwa bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.

Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.

Sumber: Sinar Harian

Destination: