FACES: Inovasi Pertama Dunia - Cam Muka, Pesan, Bayar Semua Dalam 1 Aplikasi

GAYA HIDUP
November 24, 2021 - 02:06 PM


AirAsia terus 'terbang tinggi' dan terbaharu mereka muncul dengan teknologi pengecaman muka pertama di dunia yang dikenali sebagai "FACES"! 

Kini, pelanggan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk serta perkhidmatan di Airasia Super App dengan hanya melakukan imbasan muka.

Pelancaran FACES bertujuan menyediakan para pelanggannya dengan pengalaman perjalanan penerbangan AirAsia digital dan tanpa sentuhan sepenuhnya, serta hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.

Malah, ia mampu meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup pelanggan lebih-lebih lagi ketika dunia masih bergelut dengan penularan COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata teknologi pengecaman muka telah mengubah kehidupan seharian kami, seperti pada telefon mudah alih.



"Walaupun syarikat lain mempunyai teknologi serupa, teknologi kami sememangnya yang pertama di dunia kerana ia bukan sahaja boleh digunakan untuk perjalanan udara.

“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman muka kepada platform perjalanan dan gaya hidup digital kami, inovasi ini adalah hasil usaha berterusan untuk bukan sahaja membawa pengalaman penerbangan ke dunia baharu, tetapi menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna.

"Kami telah menggantikan kad akses pekerja dengan teknologi FACES untuk mengakses keseluruhan kemudahan syarikat AirAsia.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, FACES akan dilaksanakan di semua lapangan terbang di Malaysia.

Selepas itu, ia akan diperluaskan di Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama lain yang dikendalikan AirAsia.

Pada masa hadapan, visi syarikat itu adalah untuk menyediakan tetamu dengan teknologi FACES bagi membolehkan mereka mendaftar masuk di hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.

Sumber: AirAsia

Destination: