Google Maps Kini Mencari Laluan Yang Paling Kurang Traffic Light
GAYA HIDUPUntuk korang yang tak tahu, Artificial Intelligence (AI) telah digunakan di dalam aplikasi Google Photo. Dan kini, Google telah menggunakan AI di dalam aplikasi Google Maps mereka untuk kemudahan pengguna.
Pengumuman ini telah dibuat pada event Google I/O 2021 dan terdapat beberapa perkara menarik yang diumumkan di event tersebut namun kita akan fokus kepada Google Maps sahaja kali ini.
Untuk memastikan kedudukan tepat traffic light, terdapat satu algoritma khas yang digunakan untuk memastikan sama ada kenderaan korang sedang brek atau memecut.
Selain itu, algoritma itu juga akan menganalisa data dari aplikasi itu sendiri dengan mencari laluan yang kurang lampu isyarat, kurang membelok, dan macam-macam lagi bagi memastikan korang sampai dengan cepat.
Bukan tu je, korang juga boleh melihat data berbentuk graf yang menunjukkan kesibukan sesuatu lokasi itu beserta hari dan waktu. Dengan kata lain, korang boleh plan perjalanan korang supaya tidak stuck dalam jem.
AI yang digunakan juga berfungsi memberi fokus mengikut kesesuaian waktu. Contohnya pada waktu malam Google Maps akan mendahulukan lokasi-lokasi restoran makan malam, dan waktu pagi restoran sarapan pagi.
Satu lagi berita baik untuk korang yang suka berjalan, Google Maps kini mempunyai peta untuk pejalan kaki yang lebih terperinci. Ini bermaksud segala maklumat penting akan dipaparkan dengan lebih terperinci.
Jadi apa pendapat korang mengenai update baru Google Maps kali ni? Memang banyak improvement kan? So korang bolehlah usha AppStore dan PlayStore untuk update Google Maps korang.
Sumber: Google Blog