
PlayStation Kongsi Gambar Konsol Edisi Khas Marvel Spider-Man
GAYA HIDUPSeptember 07, 2018 - 04:32 PM
Kalau korang semua pengikut game konsol, mesti korang perasan yang ada video game baru dilancarkan iaitu Marvel's Spiderman.
Dalam masa yang sama, Sony pun umumkan PlayStation 4 edisi khas dan dilancarkan secara bundle dengan permainan ini.
Tersedia dengan alat kawalan dualshock for yang menggunakan 'warna merah spider-man' disertakan dengan logo Spiderman.
Kalau sebelum ini Sony ada kongsi beberapa gambar teaser, kali ini diorang kongsikan gambar lebih dekat untuk konsol PlayStation 4 Pro.
Kalau kita tengok pun memang merecik habislah PS4 Pro versi Marvel's Spiderman ni, warna merah yang menyerlah; ditambah pula dengan logo Spiderman. Memang terbaik bundle daripada Sony kali ni!