Pokok Viral Lidah Jin Dikatakan Bahaya Untuk Kesihatan Penghuni Rumah

GAYA HIDUP
June 15, 2020 - 04:29 PM


Sejak PKP yang diperkenalkan pada 18 mac lalu, rata-rata penduduk Malaysia mula mencari hobi baru untuk mengisi masa lapang berada di rumah. Dari memasak, bersukan, kini timbul peranagi baru iaitu menghias rumah mengikut cita rasa masing-masing. Terbaru trend menanam pokok yang dikenali dengan lidah jin di dalam rumah menjadi sangat popular ketika ini.

Tahukan anda sebenarnya pokok ini membawa kesan negatif kepada penghuni rumah terutama dari segi kesihatan. Melalu satu perkongsian di facebook, pokok ini sangat berbaya kepada kanak-kanak.

Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, 𝘚𝘒𝘯𝘴𝘦𝘷π˜ͺ𝘦𝘳π˜ͺ𝘒 𝘡𝘳π˜ͺ𝘧𝘒𝘴𝘀π˜ͺ𝘒𝘡𝘒, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang..

Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini. Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.

Menurut perkongsian tersebut, Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya 𝘚𝘒𝘯𝘴𝘦𝘷π˜ͺ𝘦𝘳π˜ͺ𝘒 𝘡𝘳π˜ͺ𝘧𝘒𝘴𝘀π˜ͺ𝘒𝘡𝘒 mempunyai bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakannya.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Menerusi laporan Bernama, Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia melahirkan kebimbangan dengan penyimpanan pokok di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma.

Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

Oleh itu, tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.

Bagi anda yang menjadikan pokok lidah jin sebagai pokok hiasan dalam rumah, anda mungkin perlu letakkan ia di luar rumah sekarang agar tidak membahayakan kesihatan anda.