Pudsey Bear Supreme X Louis Vuitton Terjual Dengan Harga Melebihi 100 Ribu USD!

GAYA HIDUP
November 20, 2017 - 03:01 PM


Pudsey Bear kelihatan seperti anak patung beruang yang biasa kita lihat di pasar raya. Namun, kelainan pada patung ini adalah ia dikeluarkan untuk yayasan BBC Children in Need. Sejak 1980, penjualan patung ini berjaya mengumpul hampir 600 juta pound sterling dan disalurkan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di UK.

Pudsey Bear merupakan mascot rasmi BBC Children in Need.

Baru-baru ini, dua nama besar dunia fesyen, Louis Vuitton dan Supreme telah berkolaborasi dan menghasilkan Pudsey Bear versi mereka sendiri. Anak patung bersaiz 28 inci itu sangat rare dan menjagi rebutan para ‘hypebeast’ di UK.

Sejak diletakkan di e-bay, awal bulan ini, bidaan akhir yang diterima adalah 80,300 Pound (RM441,000). Selain daripada mengungguli pasaran barangan mewah, jumlah wang yang diperolehi daripada jualan Pudsey Bear ini juga akan disalurkan kepada badan kebajikan Children in Need.

BBC juga mengesahkan bahawa patung tersebut adalah original, bukan 'fake'. 

 

Sumber : Hypebeast