Pulau Pinang Edar 40,000 Covid Test Kit Secara Percuma

GAYA HIDUP
September 09, 2021 - 05:44 PM


Untunglah... penduduk Pulau Pinang diberikan kit ujian kendiri Covid-19 percuma!

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengedarkan 40,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara berfasa mulai minggu depan bagi kegunaan rakyat negeri ini secara percuma. Selain Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), ahli-ahli Parlimen dan Senator, ia turut akan diedarkan ke pejabat daerah serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Sebagaimana dijanjikan, kerajaan negeri akan mengedarkan 40,000 kit ujian kendiri Covid-19 percuma secara berfasa bermula pada minggu hadapan.

“Bagi rakyat yang mahu mendapatkannya mereka boleh ke pejabat ADUN, Ahli Parlimen, Senator, pejabat daerah atau Pejabat SUK,” kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dalam perkembangan berbeza, Kon Yeow berkata, seramai 2,481 individu telah menghadiri sesi ‘walk-in’ Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri ini se

Kon Yeow berkata, mereka yang layak diminta untuk hadir pada sesi berkaitan bagi membolehkan seluruh populasi dewasa di negeri ini menerima suntikan vaksin, sekaligus mencapai imuniti kelompok secara keseluruhan.