'Hati-hati!' - Lorong Tarikan Di Penang Jadi "Hotspot" Ragut!
GAYA HIDUPPulau Pinang sering menjadi pilihan pelancong dalam mahupun luar negara kerana keenakan makanan dan pelbagai lokasi menarik. Namun siapa sangka, kawasan yang sering menjadi tarikan turut menjadi lokasi sering berlakunya ragut.
Seorang wanita terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa ragut di Pulau Pinang baru-baru ini. Wanita tersebut pada mulanya dilihat dipercayai berjalan bersama rakan-rakannya sebelum kejadian itu berlaku.
Ketika kejadian, suspek dipercayai mengekori mangsa dari belakang dengan menaiki motosikal sebelum dia dilihat menunggang perlahan menghampiri wanita tersebut.
Tindakan peragut tersebut membuatkan mangsa tertarik ke arah jalan, namun dia bernasib baik apabila tiada sebarang motosikal melintas semasa kejadian berlaku.
Difahamkan, kejadian video berdurasi 38 saat itu, berlaku di Lorong Selamat, Pulau Pinang.
Ini adalah sekitar kawasan pelancongan George Town Pulau Pinang, pelancong biasanya menjadi sasaran.