Wow! Pulau Pinang Antara 15 Pulau Terbaik Dunia Untuk Pesara

GAYA HIDUP
April 14, 2021 - 04:54 PM


Kita semua tahu yang Pulau Pinang memang terkenal sebagai antara negeri yang disebut-sebut pelancong asing kalau datang ke Malaysia. Namun, siapa sangka Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga dalam 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia pesaraan bagi tahun 2021. 

Antara faktor yang diambil kira bagi menentukan senarai tersebut adalah sebuah pulau yang lengkap dengan pantai yang cantik, udara laut yang menyegarkan serta gaya hidup yang santai selepas pesaraan, selain pada kemampuan seseorang menjalani kehidupan yang sederhana dengan 'mesra simpanan'.

Menurut penulis, Kara Williams, Pulau Pinang bukan sahaja dilihat sebagai 'mesra pelancong' sebaliknya juga terkenal dengan kepelbagaian kaum serta penggunaan bahasa Inggeris yang secara menyeluruh. Ia menjadikan pulau bekas jajahan Biritsh itu berada di tempat ketiga dalam senarai tersebut.

Pulau Mutiara itu juga dikenali dengan syurga makanan dengan kepelbagaian menu dari street food sehingga makanan bertaraf lima bintang yang mampu dinikmati dengan harga mampu milik.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hi, Pulau Pinang di tempat ketiga dalam senarai itu adalah yang pertama melibatkan negara Asia dalam carta itu.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia seperti Bali, Indonesia turut tersenarai dengan menduduki tempat kesembilan, Koh Samui, Thailand (ke-10) dan Phu Quoc, Vietnam (ke-15) dalam carta itu.

Turut tersenarai adalah Ambergris Caye, Belize (keempat), Ireland (kelima), Roatan, Honduras (keenam), Isla Mujeres, Mexico (ketujuh), Isla Colon, Panama (kelapan), Las Terrenas, Dominican Republic (ke-11), Crete, Greece (ke-12), Cozumel, Mexico (ke-13) dan Caye Caulker, Belize (ke-14).

Destination: 
Artikel berkaitan