Rider Penghantar Makanan Cancel Mogok? Syarikat Kembalikan "Reward"
GAYA HIDUPSebuah syarikat penghantar makanan mengembalikan ganjaran upah kepada penghantar makanan selepas tular satu kempen yang digerakkan kumpulan tersebut untuk melancarkan mogok 24 jam bermula malam tadi hingga tengah malam ini.
Melalui notis tersebut, syarikat penghantar makanan itu memberikan bonus tambahan untuk penghantar makanan yang bekerja pada tarikh ditetapkan.
“Flexi bonus Kembali lagi! Peluang terakhir anda (penghantar makanan) untuk dapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos (Hari ini), 6 Ogos (Sabtu) dan 7 Ogos (Ahad).
“Sekiranya anda (penghantar makanan) bekerja di zon-zon berikut pada waktu peak hour (waktu kemuncak) di zon-zon berikut),” tulis pengumuman tersebut.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, kumpulan penghantar makanan bagi beberapa syarikat penghantaran bercadang melancarkan mogok 24 jam bermula tengah malam tadi.