RM1 Sehari Simpan Dalam Tabung Haji, Anak Habis SPM Simpanan Cecah 10K!

GAYA HIDUP
March 01, 2019 - 10:58 AM


Kalau dulu waktu kecil kita selalu mendengar peribahasa ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’ yang memupuk amalan menabung dalam diri sendiri.

Tapi, apabila dewasa tidak salah rasanya untuk terus mengamalkan sikap murni itu dalam menabung pula demi masa depan anak-anak.

Ini yang dipraktikkan oleh seorang pengguna Facebook Nursha Salleh dari Kota Bharu, Kelantan yang berkongsi amalannya menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.

Usahawan kosmetik itu juga menyenaraikan 5 tip mudah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai simpanan melebihi RM10,000 ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh digunakan sebagai bayaran untuk kemasukan mereka ke universiti nanti.

1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.

2. Simpan duit anak secara konsisten, contohnya: RM30 sebulan atau RM1 sehari!

3. Buat direct debit bagi memudahkan urusan dan kekal istiqamah. Apa itu direct debit? Direct Debit adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.

4. Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.

5. Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k.

Nilai Prinsipal: RM6,220

Nilai Dividen: RM4,706

Jumlah simpanan: RM10,926

p/s: Kiraan ini belum masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.