Rumah Berasaskan Cardboard Ini Sangat Unik...

GAYA HIDUP
September 18, 2017 - 11:11 AM


Dulu masa kita kecik, pernah tak kita main kotak? Main yang macam… kita buat rumah degan kotak, kereta atau main perang-perang. Mesti pernah kan? Kalau tak pernah tu, hurmmm… Korang rugi… Hehehehe.

Alright, apehal tiba – tiba cerita pasal kotak pulak ni kan? Ini, ada cerita pasal Wikkelhouse. Rumah yang dibuat dari kad board. Rumah ini direka dan dibangunkan oleh Fiction Factory iaitu sebuah syarikat pembuat kreatif dari Amsterdam.

Kalau kita tengok kotak dekat rumah tu, nampak macam tak kukuh je kan? Mana taknya, tersepak ke, terpijak ke, terduduk ke, mesti rosak kotak tu. Tapi, yang menariknya, Fiction Factory ni boleh buat rumah dari kotak – kotak ni. Bukan sahaja rumah kosong, tapi rumah yang memang functioning lah. Bukan hiasan.

Tahan lasak, waterproof dan jugak mampu bertahan sehingga 50 tahun minimum. Disebabkan. Diperbuat dari kad board, semestinya rumah ini adalah eco-friendly dan boleh dikitar semula! Didatangkan dengan bersegmen, satu segmen rumah ini dikatakan hanya 500kg sahaja. Dengan teknik gam yang unik, dan 24 lapisan kad board serta ditambah dengan satu lapisan waterproofing dan palet kayu untuk tujuan ketahanan, rumah ini hanya mengambil masa satu hari untuk disiapkan.

Oleh sebab Wikkelhouse ini didatangkan secara bersegmen, jadi saiz rumah yang kita hendak bina nanti adalah tidak terhad. Setiap segmen berukuran 1.2 meter. Jadi, kalau kita nak rumah yang lebih besar, banyak la segmen yang kena ada... 

Lihat konsepnya di bawah ini :

 

Anggaran sebuah unit kosong tanpa pemasangan dan penghantaran adalah 35,000 Euro atau bersamaan dengan 175,000 ribu duit kita. Tapi, malangnya buat masa sekarang sehingga 2018, penghantaran hanya dibuat ke Belgium, Germany, Scandinavia dan beberapa negara berdekatan yang lain. Menurut mereka, setiap unit rumah ini adalah sentuhan unik daripada mereka kepada pemilik rumah. Nak tengok amcam mana proses dia, lihat video ini...

 

 

Yang tak bestnya, diorang tak buat shipment ke Malaysia lagi... Jika kita nak, kena tunggu lama sikit lah kot. Design dia memang cantik. =D

 

Sumber : Wikkelhouse