Samsung Umum Peranti Baru Selain Note 9 – the Galaxy Watch & Galaxy Home Smart Speaker

GAYA HIDUP
August 10, 2018 - 04:08 PM


Galaxy Note 9 bukan sahaja produk terbaru yang diperkenalkan oleh Samsung, malah dalam majlis yang sama; mereka turut memperkenalkan dua produk terbaru yang akan dilancarkan iaitu Galaxy Watch dan Galaxy Home Speaker.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy Note 9 sudah boleh di pra-tempah di laman web Samsung bermula hari ini sehingga 19 Ogos nanti. Harga permulaan adalah RM3,699 untuk 6GB RAM dan penstoran 128GB.

Turut menarik perhatian adalah Galaxy Watch yang boleh dipairkan dengan semua peranti Galaxy ataupun berfungsi dengan sendirinya kerana turut dilengkapi dengan penyambungan LTE. Didatangi dengan dua saiz; 46mm dan 42mm, jam pintar ini mempunyai skrin paparan 1.3 dan 1.2 Super AMOLED dan menggunakan pemprosesan Exynis 9110 yang sememangnya direka khas untuk produk wearable Samsung.

Seperti smartwatch yang lain, ia didatangkan dengan fungsi kesihatan seperti stress monitoring, sleep tracking, heart rate monitor dan banyak lagi. Dikhabarkan, Galaxy Watch ini akan berada di pasaran pada 24 Ogos nanti dan dijangka mula dijual di negara-negara lain termasuk Malaysia pada 14 September.

Harga yang dinyatakan adalah $329.99 (RM1350) untuk 42mm, dan $349.99 (RM1450) untuk 46mm. p/s : Harga dalam kurungan hanyalah harga jangkaan kami berdasarkan nilai tukaran mata wang terkini.  

Sementara itu, antara produk yang turut diperkenalkan adalah Galaxy Home. Ia adalah sebuah speaker pintar yang boleh dikatakan untuk menyaingi Apple HomePod dan juga Google Home.

Menurut pengumumuan tersebut, Galaxy Home dilengkapkan dengan 6 speaker yang di built-in kedalam sub-woofer. Ia juga didatangkan dengan pengesanan persekitaran supaya dapat menyesuaikan audio untuk dipadankan dengan suasana.

Selain itu, Samsung ada menyebut yang mereka menjalinkan kerjasama dengan Spotify untuk dibawa masuk segala fungsi dan feature kepada semua smart device Samsung. Maknanya, lepas ni lebih mudah nak pindahkan muzik daripada peranti-peranti korang.

Walaupun masih belum ada tarikh pelancaran rasmi, namun kami difahamkan Samsung akan mengeluarkan info lebih lanjut tak lama lagi. Jadi, korang kena tunggulah sikit lagi.