Samsung W2019 Tiga Kali Ganda Harga Galaxy Note 9!

GAYA HIDUP
November 12, 2018 - 03:09 PM


Pengeluar telefon pintar gergasi Samsung baru sahaja melancarkan produk baru khusus untuk pasaran China. Model diberi nama W2019 adalah sebuah "Flip Phone" yang mengambil inspirasi dari telephon zaman 90an. Tetapi kini diberi nafas baru dengan teknologi tercanggih yang Samsung mampu berikan.

Dipasarkan untuk segmen "premium" dan dari pemerhatian kami dibuat seluruhnya dari aluminium Samsung melengkpkan telefon ini dengan  kuasa cip Snapdragon 845 dengan RAM sebanyak 6GB, dengan pengstoran data sehingga 256GB dan masih boleh ditambah sehingga 512GB dengan microSD. Tetapi apa yang lebih menarik adalah paparan dwi skrin 4.2 inci HD AMOLED.


Selebihnya hapir sama seperti model Note 9 dengan camera 8MP di hadapan dan dwi kamera dibelakang 12MP. Kapasiti bateri pula adalah 3070mAH. Tidak dinyatakan berapa lama pula ketahanan operasi dengan satu cas penuh.

Harga seunit lepas penukaran nilai ke RM adalah lebih kurang RM11,500. Dah boleh beli 3 biji Note 9 atau 2 biji Iphone XS Max! Tapi masih tidak boleh lawan harga Vertu yang boleh mencecah lebih seratus ribu ringgit. Kami tak pasti jika W2019 akan masuk ke pasaran Malaysia ke tidak. Tapi kalau masuk Malaysia korang sanggup beli tak?