Selalu Minum Air Kelapa? Ini 8 Kesan Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda!

GAYA HIDUP
August 30, 2017 - 11:16 AM


Memang tak di nafikan air kelapa merupakan sejenis air yang terlalu banyak khasiat. Banyak kesan positif yang akan berlaku jika anda selalu minum air kelapa. Selain sedap ianya banyak kebaikkan.

Bagi mereka yang suka minum air kelapa ini mungkin kesan yang akan anda hadapi. 

1. Boleh menghydratedkan tubuh badan anda

Air kepala boleh membantu mengekalkan tenaga di dalam tubuh badan anda dan boleh juga mengimbangi cecair yang ada di dalam tubuh. Tidak hairanlan kenapa atlet lebih gemar meminum air kelapa untuk mengekalkan kesihatan dalam tubuh badan setelah menggunakan banyak tenaga.

2. Sesuai untuk mereka yang ingin kuruskan badan

Tak perlu nak telan berjenis jenis pil kurus atau nak tahan makan berbulan-bulan. Cuba kekalkan dengan meminum air kelapa setiap hari. Orang kata ianya boleh mempercepatkan proses menguruskan badan. Ok tip ni aku pun kena cuba nih. heheh

Cuba minum segelas air kelapa sebelum makan. Nescaya anda akan makan nasi dengan jumlah yang sedikit. Kalau makan banyak juga mungkin ada saka dalam tubuh anda. Kena berubat tu. hehe

Air kelapa juga merupakan sejenis minuman semulajadi yang rendah kalori. 

3. Tiada lagi masalah penghadaman 

Bagi mereka yang mempunyai masalah ini anda memang dinasihatkan untuk cuba minum air kelapa setiap hari. 

4. Stabilkan tekanan darah

Yang selalu ada masalah tekanan darah rendah atau darah tinggi tu boleh juga cuba air kelapa ni.

5. Melembutkan kulit

Tak payah nak beli losyen yang mahal-mahal. Minum je air kelapa. Selamat. Tak ada bahan kimia yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada kulit anda.

6. Mood Swing

Girls kena minum nih, Hahaha. Kepada kaum lelaki boleh cuba bagi pasangan korang minum air kelapa. Kalau mood diorang ni masih lagi swing tak tahu lah nak cakap apa. Ini kerana air kepala mengandungi pelbagai vitamin. Salah satunya B-Complex yang boleh menghilangkan stress.

7. Mengurangkan mabuk ubat atau sakit kepala

Selalu aku guna bila tersilap makan ubat. Disebabkan itu boleh muntah-muntah. Dengan air kelapa ianya boleh meneutralkan semua kandungan di dalambandan anda. 

8. Melambatkan proses penuaan

Nak nampak muda boleh mengamalkan minum air kelapa setiap hari. Menurut kajian juga air kelapa boleh bertindak sebagai anti aging. Bukan itu sahaja ianya boleh mencegah dari pelbagai penyakit terutama penyakit yang melibatkan peringat umur seperti kanser. 

 

Ok itu 8 kesan yang akan berlaku jika anda meminum air kelapa setiap hari. Tapi masalahnya sekarang air kelapa sangat susah nak cari terutama sekitar KL ni. Kalau ada pun mahal dan dah campur dengan air masak yang banyak.