Senaskah Buku Harry Potter Edisi Pertama Ini Terjual Pada Harga Ratusan Ribu Ringgit!
GAYA HIDUPJika korang adalah seorang Potterhead dan memiliki koleksi buku daripada siri Harry Potter, cuba lihat buku anda tersebut edisi ke berapa.
Bukan apa, berkemungkinan anda sebenarnya menyimpan ‘duit’ dan bukanlah hanya senaskah buku.
Dikatakan, pada tahun lepas, buku edisi pertama Harry Potter telah emmecahkan rekod dunia dan menjadi buku yang paling mahal terjual apabila ia dibida dan dijual dalam satu acara lelongan pada harga £60,000 (RM 330 Ribu).
Tapi, korang perlukan keajaibanlah kalau nak jumpa buku edisi pertama ini. Sebabnya, hanya ada 500 naskah original yang dicetak untuk edisi pertama untuk buku berkenaan iaitu novel pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone.
Diterbitkan oleh Bloomsbury pada tahun 1997 dan tersimpan sebagai koleksi peribadi, kondisi buku berkenaan jugak salah satu faktor kenapa harganya mampu mencecah 60 ribu Pound dan secara tidak langsung menjadi buku yang termahal dijual di dunia.
Lebih menarik, novel berkenaan memecahkan rekod jualan sebelum ini iaitu 43 ribu pound yang dipengang oleh buku yang sama.
Dalam erti kata lain, buku edisi pertama Harry Potter ni memang ada nilai dan korang dah boleh start tengok balik koleksi yang korang ada. Tapi, biasanya… mestilah sayang nak jual kan? Sebabkan dia ada nilai tersendiri kepada pemilik.
p/s : AJ sendiri pun tak bukak lagi plastik koleksi Harry Potter kat rumah tu. Sayang… hihihi.
=aj=