Seorang Gadis 'Terkeluar' Dari Myvi Secara Mengejut

GAYA HIDUP
October 05, 2021 - 12:54 PM


Baru-baru ini tular satu klip video dashcam seorang gadis ‘terkeluar’ daripada Myvi semasa kereta tersebut masih berjalan ketika mahu mengambil selekoh kanan jalan di sekitar Shah Alam.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang itu menunjukkan sebuah Myvi secara tiba-tiba membuka lampu hazard apabila menghampiri lampu isyarat, lalu pintu kiri Myvi itu terbuka lalu seorang gadis secara tiba-tiba ‘terkeluar’ daripada kereta yang masih sedang bergerak.

Video ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada di antara pemandu Myvi dan gadis tersebut. Pada masa yang sama para netizen mengecam tindakan pemandu dan penumpang Myvi itu kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Setelah terjatuh di atas jalan raya, dashcam belakang menunjukkan gadis itu melintas menuju ke seberang jalan begitu sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Seorang lelaki yang mendakwa dia sepupu rapat kepada gadis itu menyatakan gadis itu dan rakan sekerjanya dalam perjalanan untuk membeli barang, tiba-tiba  gadis tersebut terkena gangguan mengejut serta menjerit sebelum bertindak terjun keluar daripada kereta tersebut.

Tambah lelaki itu lagi, walaupun panik pemandu Myvi meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk menenangkan dan merawat gadis tersebut sehingga pulih.

Destination: