Seorang Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Maut Selepas Tertembak Dirinya Sendiri

GAYA HIDUP
January 05, 2022 - 11:27 AM


Disebalik keseronokkan menyambut sambutan Hari Krismas, terdapat sebuah tragedi mengerikan berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun dilaporkan maut selepas secara tidak sengaja menembak dirinya.

Lapor New York Post, mangsa yang dikenali sebagai Aylee Gordon merupakan anak kepada syerif di daerah Henderson yang sudah bersara, Kapten Tim Gordon. Pada kejadian tersebut, mangsa dikatakan mengambil pistol yang ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta tetamu yang datang ke rumah keluarga tersebut. 

“Aylee mengambil pistol itu dan secara tidak sengaja tertarik picu oistol dan peluru menembusi kepalanya,” kata Gordon ketika menghubungi talian kecemasan 911 untuk memaklumkan perkara tersebut. Dilaporkan Aylee meninggal dunia di Hospital Mission di Ashville pada Selasa lalu.

Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti jika terdapat kemungkinan pertuduhan jenayah dalam kes tersebut.

Sumber: Utusan