Bermula 15 Jan 2022, RFID Kesemua 83 Plaza Tol PLUS Mula Beroperasi
GAYA HIDUPJanuary 13, 2022 - 05:50 PM
LALUAN tol berpalang berasaskan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan mula beroperasi di semua 83 plaza tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dari Juru (Pulau Pinang) ke Skudai (Johor) bermula jam 10 malam, 15 Januari 2022.
Sekurang-kurangnya satu lorong RFID akan dibuka untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1). Jangan bimbang kerana pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go dan peranti SmartTAG untuk melunaskan caj tol.
Setakat ini, ada lebih 1.5 juta pengguna RFID dengan sebahagian besarnya di Lembah Klang
Destination: