Seorang Lelaki Ditampar Berkali-Kali Selama 10 Minit Selepas Disyaki Mencabul

GAYA HIDUP
January 11, 2022 - 04:43 PM


Seorang lelaki dilempang berkali-kali oleh seorang perempuan selama lebih tiga minit selepas lelaki itu didakwa cuba mencabulinya di Nanjing, China.

Menurut laporan mothership.sg yang memetik Sohu, kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah tren baru-baru ini.

Saksi memberitahu, lelaki itu hanya tunduk dan langsung tidak memberikan sebarang respons ketika ditampar dan dimarahi wanita berkenaan.

Jelasnya, penumpang lain memilih untuk tidak masuk campur ketika melihat insiden tersebut.

Wanita itu kemudiannya bertindak membuat aduan kepada pekerja tren bahawa lelaku itu telah menyentuh punggungnya.

Suspek berusia 32 tahun itu diarah keluar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Utusan