Pengguna Tiktok Kongsi Trauma Melihat Mangsa Meninggal Ketika 'Hiking'
GAYA HIDUPLepas habis PKP ni boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia mula kembali aktif dengan melalukan aktiviti yang sihat antaranya hiking bukit atau gunung pada hujung minggu. Mana tidaknya, setelah lama terkurung di rumah, dengan mendekatkan diri dengan alam semula-jadi mampu memberi nafas baru dalam kehidupan kita.
Baru-baru, seorang pengguna TikTok @amizaazlin berkongsi dirinya berasa trauma apabila melihat seorang wanita tidak sedarkan diri dibawa turun oleh kakitangan Taman-Taman Sabah. Malah, mangsa telah diberi bantuan kecemasan dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
@amizaazlin Reply to @noorisjati ♬ Calm Humming - Nasheed
Difahamkan, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang. Kejadian tersebut membuatkan Amiza berasa takut sebelum memulakan perjalannya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mendoakan mangsa tersebut. Hal itu juga membuka mata segelintir netizen bahawa sebenarnya bukannya boleh ‘hiking’ tanpa keadaan fizikal yang bersedia.
Malah, para netizen mengatakan sebelum ‘hiking’ seharusnya tahu keupayaan diri dan tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan aktiviti lasak itu. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyarankan agar mereka yang mahu ‘hiking’ selepas ini untuk pastikan diri ‘fit’ dahulu dan tahu kemampuan diri.
Sumber Gambar: Verst.com.my
Sumber: Thevocket