Sepasang Suami Isteri Memohon Maaf Terhadap Waris Pemandu Treler

GAYA HIDUP
January 05, 2022 - 11:48 AM


Baru-baru ini tular di media sosial di mana seorang wanita merekod dan menuduh seorang lelaki "mabuk" setelah lelaki tersebut hilang kawalan semasa memandu lalu melanggar beberapa kenderaan lain. Setelah disiasat, lelaki tersebut dikatakan diserang sakit jantung semasa memandu lalu hilang kawalan namun semasa wanita itu sedang merekod, lelaki itu masih bernyawa malah tiada bantuan yang dilakukan oleh orang sekeliling.

Dilaporkan kejadian tersebut dirakam di kawasan Kilang Daikin, Sungai Buloh. Sepasang suami isteri dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik video kemalangan tersebut dan kini tampil menjelaskan isu sebenar berhubung insiden tersebut. 

Dalam video penjelasan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @mubarakkhan1535 itu, pasangan ini mendakwa mereka bukanlah individu yang merakam insiden tersebut sebaliknya hanyalah orang yang memuat naik video tersebut setelah menerima video itu menerusi aplikasi WhatsApp.

"Video itu dihantar di dalam WhatsApp ‘group’, saya cuma upload (muat naik) semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.

"Saya tiada kena mengena dengan kemalangan itu, kereta yang kena langgar itu pun bukan kereta saya. Dan encik boleh bandingkan suara isteri saya dan suara dalam video itu, memang tiada kena mengena," katanya.

Isteri kepada lelaki tersebut turut bersuara dan menjelaskan bahawa bukan suaranya yang merakam video tersebut dan memohon semua pihak berhenti mengecam mereka.

"Bukan saya dalam video itu dan perempuan dalam video itu orang lain. Bukan kami punya video itu, cuma suami saya kongsi sahaja dalam TikTok.

"Kami telah buat laporan polis.. tolonglah berhenti kecam kami. Kepada arwah keluarga, kami mohon maaf," ujarnya.

Video tersebut bagaimanapun dipadam tidak lama kemudian dan hanya laporan polis yang ditunjuk dalam akaun lelaki tersebut.

 

Baru-baru ini tular satu rakaman menunjukkan seorang pemandu treller sedang tercungap menahan sakit selepas melanggar tiga kenderaan diparkir di bahu jalan di BRB 8/2 Sungai Buloh, Selangor. Dalam video tersebut, perakam telah tersalah anggap pemandu tersebut sebagai mabuk.

Polis Daerah Sungai Buloh kemudian mengesahkan bahawa pemandu treler berkenaan mengalami sakit jantung dan telah meninggal dunia.

Sumber: Pandulaju.com.my

Destination: