Starbucks – Rico Rinaldi Jalin Kolaborasi Hasilkan Koleksi Khas Sempena Merdeka

GAYA HIDUP
August 23, 2018 - 01:21 PM


Kalau anda peminat atau pengumpul merchandise Starbucks, anda pasti akan menantikan koleksi terbaru mereka ini sempena hari merdeka nanti.

Buat pertama kalinya, Starbucks menjalinkan kolaborasi dengan pereka fesyen tempatan bagi menghasilkan tumbler dan juga mug edisi terhad sempena hari kemerdekaan.

Walaupun bukan kali pertama Starbucks menjalinkan kerjasama dengan pereka fesyen namun inilah pereka fesyen tempatan dan juga jenama yang berjaya mendapatkan kepercayaan Starbucks iaitu Rico Rinaldi.

Perbincangan tentang kolaborasi ini sebenarnya telah bermula sejak begitu lama dan selepas dua tahun, baru ia terjadi. Beberapa aspek dan elemen telah dibincangkan untuk rekaan tubler termasuklah batik dan kebaya. Namun akhirnya bersepakat untuk mengeluarkan rekaan ‘nature’.

Menariknya, rekaan ini diinspirasikan daripada 3 spesis haiwan yang terancam di Malaysia iaiu harimau, penyu dan burung enggang dan tidak semua haiwan ditampilkan secara terang-terangan. Ketiga-tiga haiwan ini juga mewakili 3 unsur alam iaitu hutam, laut dan juga udara.

Koleksi tumbler dan mug rekaan Rico ini akan mula dijual di Starbucks pada 31 Ogos nanti. Jadi kalau korang nak dapatkan dan tambahkan koleksi tumbler atau mug korang, bolehlah ke Starbucks nanti.

Edisi khas ini akan dijual dengan harga RM150 (The Double Walled Mugs) dan RM 168 ( Thermos Tumblers).

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video