Susah Jumpa Tandas Yang Ada Paip Bila Travel Negara Orang? Ini Tip Mudah Cuci Lepas ‘Membuang’!

GAYA HIDUP
April 29, 2019 - 04:02 PM


Korang pernah tak rasa pengalaman bila melancong ke negara bukan Islam, susahnya setiap kali kita nak membuang air terutama di tandas-tandas awam dorang yang tiada paip air atau hanya disediakan tisu sahaja.

Bagi kebanyakan orang Malaysia terutama Muslim, penggunaan paip air selepas ‘melepaskan hajat’ adalah sesuatu yang penting kerana Islam sangat menitikberatkan tentang kesucian pakaian dan tubuh badan.

Kita ambil contoh negara Vietnam, korang tahu tak peratusan kewujudan paip air dalam tandas mereka hanyalah 2-5% sahaja?

Di Facebook, seorang wanita Khuza Hasan telah berkongsi pengalamannya sepanjang travel ke Vietnam dan terpaksa berdepan dengan cabaran menggunakan tandas tanpa paip di sana termasuk di Lapangan Terbang Hanoi dan Ho Chi Minh.

Meskipun katanya dia ada menyediakan botol spray kecil yang digunakan untuk mengambil wuduk, namun ketiadaan paip air tetap dirasakan satu pengalaman yang sangat memeritkan kepada kita yang dah terbiasa membersihkan segalanya menggunakan air.

Oleh itu, Khuza berkongsi tip yang boleh diambil untuk korang jika berdepan dengan masalah sama.

1. Mohon beli 'Travel Bidet' sesiap agar tidak menyesal di kemudian hari.

Anda boleh sahaja beli secara atas talian; Lazada, Shopee dan sebagainya dengan harga sekitar RM8 hingga RM12 sahaja.

2. Sediakan tisu basah secukupnya. Tak kisahlah bawak dari Malaysia atau beli kat sana.

Pesan Khuza lagi, adalah lebih baik untuk korang sediakan payung sebelum hujan.

Tapi, jangan risau sebab di rumah penginapan atau hotel ada sahaja disediakan paip dalam tandas mereka.

Sumber: Khuza Hasan