Syafaat Berpuasa Tiga Hari Berturut-Turut Sempena Hari Asyura

GAYA HIDUP
July 27, 2023 - 01:23 PM


Bulan Muharram merupakan bulan yang mulia di sisi Allah SWT dan umat zIslam dijanjikan ganjaran pahala yang besar jika melakukan kebaikan atau ibadah sepnaanjang bulan ini.

Menurut Imam Nawawi, Bulan Muharram adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasu'a) dan ke-10 (Asyura).

Tahukah anda apakah itu hari Asyura dan bagaimanakah tatacara yang paling baik untuk melaksanakan puasa sunat ini?

Kelebihan Bulan Muharrram

Antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban". (Riwayat al-Bukhari (184)

Jelaslah nas di atas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram serta ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.

Tarikh & Jadual Puasa Sunat Bulan Muharram 1445H / 2023

Puasa pada bulan Muharram adalah seafdhal puasa selepas berpuasa pada bulan Ramadhan kerana Muharram merupakan awal tahun Hijriah, maka sangat digalakkan dibuka dengan amalan yang paling utama.

Bagi tahun 2023, tarikh Hari Asyura & Hari Tasu’a adalah seperti berikut:

  • Puasa Tasu'a : 9 Muharram = 27 Julai 2023 (Khamis)
  • Puasa Asyura : 10 Muharam = 28 Julai 2023 (Jumaat)
  • Puasa Hari Putih : 13, 14, 15 Muharam – 31 Julai, 1 Ogos, 2 Ogos 2023

Galakan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharram)

@ddaniyaldbiyajid Pengumuman penting! Hari jumaat ni 28/7/2023 bukan sahaja penghulu segala hari tapi tarikh tersebut juga jatuh pada 10 Muharram iaitu hari Asyura. Tahu tak apa kelebihan hari Asyura? Cuba tengok apa kaya ustaz Don tentang keistimewaan Hari Asyura. Semoga bermanfaat! #fyp #fypシ゚viral #fypシ #hariasyura #10muharram #puasaasyurah ♬ original sound - UDD

Disunatkan untuk berpuasa pada 9 atau 11 Muharram berserta puasa hari Asyura dengan tujuan menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Dari Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW yang bermaksud : 

"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu". (Riwayat Muslim (1162)

Niat Puasa Asyura

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Bermaksud : Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.

Panduan serta niat telah diberikan, jom sama-sama kita amalkan puasa sunat pada bulan Muharram ini agar memantapkan lagi iman diri. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & eCentral