Tahun 2021 Antara Tahun Terpanas Yang Pernah Direkodkan
GAYA HIDUPSelain 2020 dan 2016, Saintis Kesatuan Eropah (EU) mengisytiharkan 2021 sebagai tahun kelima paling panas manakala, tahap karbon dioksida dan metana yang memanaskan planet di atmosfera mencapai paras tertinggi baharu.
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) menerusi laporan menjelaskan tempoh tujuh tahun lalu adalah rekod paling panas di dunia dan purata suhu global pada 2021 adalah 1.1 hingga 1.2 darjah Celcius.
Pengarah CS3, Carlo Buontempo berkata, 2021 merupakan satu lagi tahun yang mencatatkan suhu ekstrem dengan musim paling panas di Eropah, gelombang haba di Mediterranean serta suhu tinggi yang belum pernah berlaku di Amerika Utara.
“Tahun lalu banyak menyaksikan kejadian cuaca ekstrem melanda dunia, dari banjir di Eropah, China dan Sudan Selatan sehingga kebakaran hutan di Siberia dan Amerika Syarikat.
“Ini merupakan peringatan yang jelas tentang keperluan mengubah cara kita, mengambil langkah yang tegas dan berkesan ke arah masyarakat yang mampan dan berusaha mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.
Negara-negara yang komited di bawah Perjanjian Paris 2015 cuba mengehadkan kenaikan suhu global tidak melebihi 1.5 darjah Celcius.
Sumber: Utusan