Terengganu Mundur? Jom Baca Pandangan Dari Kaca Mata Anak Jati Terengganu Sendiri
GAYA HIDUPSaya nak cerita sikit pasal Terengganu mundur ni yang sesetengah orang duk katalah.
Saya cerita dari sisi saya jelah ni.
Orang lain punya pandangan saya tak tau ehee
Kali ni panjang sikit..sebab terlebih rajin.
Maklumlah suasana masih panas.
Saya anak jati Terengganu, lahir, membesar, berkahwin, menetap & berbisnes di Terengganu.
Kenapa saya tak nak keluar dari Terengganu sedangkan kebanyakan orang niaga macam saya suka berhijrah ke kolupo ehee
Orang lain ada sebab dia la kot.
Mungkin kawin dengan orang sana ke apa ke..
Saya kawin dengan orang Terengganu jugak.
Jiwa kami sama.
Ini yang kami suka.
Sekali sekala rasa nak jiwa bandar jangan kata kolupo..ke Dubai kami pegi hoho
Dubai dasyat ooooooo..
Takyah la citer pasal Dubai.
Nangisss.
Pertamanya tentang Terengganu,
Alhamdulillah negeri ni sangat cantik.
Masih sejuk mata memandang.
Orang luar masuk mengempen di Terengganu gula2kan tentang kemodenan, kemajuan segala bagai..
Tak berapa nak tembus sebabnya,
Orang Terengganu sekarang ni..
Dia rasa cukup dah dengan apa yang ada.
Kerajaan negeri nak tambah apa yang lebih baik lagi tu.. alhamdulillah la.
Kalau dulu….ya betul.
Rakyat agak memberontak.
Rakyat nak sikit aktiviti riadah di negeri ni.
Sedikit kemajuan mengikut arus kemodenan gitu.
Tak la macam duk dalam gua sangat.
Sampai kawan saya dari Johor datang Terengganu dia tanya “mall tak ada ke?”
Saya jawab ada. Mydin mall
Ko biar betul??? Dia tak caya.
Betullah
Itu dululah..
Sekarang alhamdulillah.
Sebab nak ada sikit kemajuan di Terengganu, ada la rakyat hanelang ni tukar kerajaan berbeza warna.
Kami rakyat Terengganu pemikiran semakin moden..budaya dah berubah…ramai yang pandai berniaga..duit banyak! Hahah
Jadi,
Kami nak ada mall, nak ada panggung wayang, nak ada macam negeri lain tuuuu…..
Jadi kami tak payahlah pergi negeri lain semata2 nak shopping baju branded sikit kikiiii
Sekarang alhamdulillah semua tu dah ada.
Siap sempurna.
Bukan bangunan terbengkalai lagi.
Walaupun mall bukanlah macam Paviliong kolupo…ehee
Boleh la buat rakyat merasa shopping di mall.
Panggung wayang pun adaaaaaa
Yang bestnya batas tu kerajaan jaga.
Tengahari Jumaat mall apa semua tu tutup.
Jadinya orang laki tak ada merewang waktu Solat Jumaat.
Buat malu je dah la tak pergi solat jumaat..duk merayau pulak.
Kerajaan ambil langkah bagus.
Alhamdulillah.
Hiburan pulak berasaskan kekeluargaan gitu.
Nak hiburan nak riadah..boleh tapi ikut panduan.
Datang Terengganu payah nak tengok wanita2 pakai seksi sampai seksa mata memandang.
Rambut kuning hijau biru pun payah jumpa.
Bukan tak ada..
Ada……tapi payah jumpa.
Sebab apa?
Sebab TARBIYAH dari pimpinan.
Dari orang tua.
Dari kerajaan.
Dari Tok Guru.
Dari UAI.
Dari para asatizah.
Dari circle hidup.
Rohmat!
Jadi…rasa malu tu tersangatlah kalau nak buat pelik2 kat Terengganu ni.
Budaya orang Terengganu bukan begitu & semakin faham halal haramnya hasil dari tarbiyah.
Alhamdulillah bila dah jadi budaya ada rasa malu..tak ramai la yang buat.
Kalau buat, dia sorang la buat..orang pakat tengok. Malu laaaaaa dia. Pastu dia tak nak buat dah la.
Gitu la lebih kurang.
Pemimpin Islam beriman yang kami nak camnilah.
Tak boleh buat semua, buat setakat yang boleh dulu.
Rakyat nampak semua tu.
Kami seronok tinggal dalam suasana yang tenang, damai, harmoni.
Nak makan sedap2 oi oi marilah Terengganu.
Sedap belaka…
Makanan tradisional pun masih kekal ada.
Ada orang kata harga mahal gitu gini..
Kena pandai pilih tempat je sebenarnya.
Banyak je lagi tempat boleh diterima harga.
Tapi kan..
Setiap kali cuti sekolah Ya Allah jenggg Terengganu.
Sampai kami kena duk senyap dulu dalam rumah.
Biarlah orang luar jalan dulu puas2.
Lepas korang balik baru kami keluar pulak haha
Nak lepak2 tepi pantai..tu diaaaa bandaraya persisir air pegilah nak lepak kat mana. Sepanjang jalan ada pantai.
Berhenti kereta tepi pantai gitu je.
Healing perghhh.
Nak masuk pulau?
Nak pusing satu Terengganu pegilah.
Tak ada kelam kelibut.
Sedar2 sampai. Santai je.
Nak apa lagi?
Masjid tepi2 jalan banyak.
Senang sungguh la time nak singgah solat ke apa. Kuliah agama segala bagai..meriah. Rajin malas je nak pegi.
Rumah mak pulak dekat!
Petang2 berkumpul dengan adik beradik kat rumah mak.
Ya Allah nikmat apa lagi nak didustakan setiap hari boleh tengok wajah mak.
Orang lain nangis nak balik cuti rindu nak jumpa mak ayah.
Kubur arwah ayah pun di sini.
Tak nak la pindah dari Terengganu nanti setiap Jumaat tak dapat nak pergi ziarah ayah.
Anak2 pantang cuti sekolah nak tido rumah mak tok!
Sepupu ramai.
Petang2 nun duk sepak bola kat padang.
Panas tak panas kemudian kira.
Hangusss..eh tak kisah janji best riadah dengan kawan2 sekampung.
Duk kayuh basikal pusing tepi2 rumah orang.
Anak kampung!
Mana ada orang kampung marah…
Yang tua sayang yang muda.
Yang muda hormat yang tua insyaallah gitulah.
Budaya di sini dah dididik begitu.
Di sini kehidupan tak terkongkong sangat tak bebas sangat jadi kami suka membesarkan anak2 kami dalam suasana begini.
Santai…
Masih kenal jiran tetangga.
Masih berkumpul buat majlis kenduri kendara yang gotong royong memasak bersama orang kampung pun masih ada.
Masih ada jiwa.
Bukan hidup hanya fikir diri sendiri.
Orang sekeliling pun macam keluarga kita.
Orang Terengganu ni nampak je kasar sikit.
Tapi kan…
Sebenarnya baik & mesra je bila dah kenal.
Nampak je bekeng ehee
Peseng je kasar sikit macam orang duk kata kat Kedah tu la…kasaq kasaqqqqqq!
Padahal bila kenal..baik & ramah je.
Budaya.
Tak kenal budaya orang jangan mengata.
Diam sudah.
Nak apa lagi..
Suka tolong orang.
Bab derma pun orang Terengganu antara yang pemurah jugak..saya lupa dah ustaz mana yang bagitau dulu..
Sebab ustaz2 ni biasa pergi ceramah serata negeri dia kata antara negeri paling pemurah bab derma2 ni orang Terengganu.
Alhamdulillah la.
Jalan pulak…
Nak pegi mana?
Setengah jam sampai.
10 minit sampai.
20 minit sampai.
Kalau jem pun waktu tertentu je.
Lepas tu lengang…bestnya Ya Allah.
Dunia ni bagai ana yang punya.
Banyak tempat & banyak kerja boleh setel dalam sehari.
Tak terkejar macam tak cukup tanah.
Kalau salah jalan,
Mudah sangat nak u-turn
Tak payah berhabis minyak dulu baru jumpa jalan u-turn.
Lagi..
Tol atas jambatan Sultan Mahmud tu lama dah tak ada sejak TGHH ambil alih kerajaan dulu.
Kedai judi segala benda tu..tak dak dah.
Allah..nikmat sungguh.
Ingat saja2 mengundi macam anak conteng kertas pastu buang?
Besar pahala tangan yang memangkah untuk martabatkan agama tu..
Di bawak sampai Akhirat wei.
Ni duk kata mengundi ke tak mengundi ke sama jer..Penganut politik je belaka katanya.
Jadi cerdik pulak pasni deh.
Insyaallah.
Bangsa apapun yang ada kat sini alhamdulillah aman damai je. Mereka tak over. Saling hormat menghormati.
Itulah bila Islam memerintah.
Ada panduan. Aman.
Apa lagi?
Menteri Besar sekarang memang rakyat suka antara sebabnya,
Bijak.
Buat kerja.
Cakap kurang kerja jalan.
Tak ada nak cakap muhongggg dengan rakyat. Itu dia kata itu dia buat.
MB ni bukan jenis mengata orang tu mengata orang ni, serang parti tu serang parti ni..TAK!
Sangat profesional!
Beliau dah cakap awal2 dulu masa mula jadi kerajaan,
Beliau akan membudayakan politik matang di Terengganu.
Yang sokong dia @ tidak semua dia jaga sebab itu rakyat dia katanya. (Link di komen)
Rakyat nampak karisma tu.
Bukan cikai punya pemimpin.
Bukan kaki cari gaduh dengan pihak lawan..jadinya orang sukalah..
Sampai pengikut parti lain pun dah tersuka jugak kat MB ni. Itu yang sapu bersih tu alhamdulillah.
Termasuklah yang kecewa bila parti tu kawin sama dia..pun turut menyumbang dalam kemenangan ni.
Alhamdulillah percaturan Allah Maha Hebat.
Ada la tinggal sikit lagi saki baki.
Normal la tu.
Pemerintah,
Berganding bahu pulak dengan Tok Guru. TGHH.
Itu memang special sungguh la..
Alhamdulillah.
Masuk pulak UAI sorang lagi.
Allahuakbar lagi padu.
Apa lagi rakyat nak?
Atas faktor apa lagi nak tukar kerajaan?
Nak bangunan macam Burj Khalifa ke?
Semput makcik ooiii
Aduhai.
Ceritanya gini je..
Esok2 kalau pemimpin ni tak buat kerja ataupun perangai pemimpin buat rakyat muak,
Insyaallah rakyat akan tolak.
Kan dah kata.. rakyat Terengganu ni nelang.
Yang tak kena dia lawan.
Tak puas hati kerajaan tu tukar kerajaan ni.
Tak puas hati jugak, tukar lagi.
Jika dilihat senario dari dulu camtulah nampaknya di Terengganu.
Selagi pemimpin menjaga kebajikan rakyat, memahami isi hati rakyat, mengajak rakyat menjadi hamba Allah yang lebih baik..insyaAllah rakyat terus menyokong.
Ada lagi……..
Kebanyakan yang berkerja,
Sebelum maghrib masing2 dah sampai rumah.
Keluar rumah cerah, balik pun masih cerah.
Petang tu sempat lagi bawak famili riadah kat pantai ke, makan celup tepung ke.
Malam sempat bersama keluarga.
Layan anak2 dulu..
Teratur la rasa hidup ni.
Terurus je.
Soalannya betul ke negeri ni mundur
Saya tak tahulah..ada tak gelandangan di Terengganu ni sebab tak pernah nampak.
Wallahua’lam.
Kalau ada minta maaf ya.
Mari ngempen duk cakap pasal rasuah la itu la ini la..buat kelakor jelah ehee
Eloklah cermin diri.
Ada salah silap sikit2 tu biasa la bukan maksum manusia ni..kalau kata tak ada salah langsung eh melampau sangat.
Tapi bukanlah yang terang2 pfttttttttttttttt.
Yang paling best,
Di sini agama terasa dekat di hati..
Sebab hiburan tak banyak sangat.
Ntah hiburan apa yang ada pun tak tau.
Tak nampak sangat hiburannya tapi menghiburkan.
Lagu mana nak cerita tak taulah.
Sekadarnya sahaja.
Lebih kepada riadah.
Gitulah.
Alhamdulillah.
Itu jela kot dari sisi saya sebagai anak jati Terengganu.
Kalau ada orang Terengganu nak tambah perisa silakan ehee
Lepas agak panjang menaip ni,
Saya cuba tanya suami soalan ni..Nak tahu je apa jawapan dia.
“Abg, apa yang abg paling suka tentang Terengganu?”
Jawapan dia satu je.
“Tenang”
Ok.
Begitulah..
Di mana pun kita berada memang itulah yang kita nak..Ketenangan.
Tenang dari jiwa.
Jiwa yang tenang jiwa yang ada agama.
Bukan agama yang hanya ada pada nama.
Minta maaf ya jika ada terkasar bahasa terguris rasa.
Jemputlah datang ke Terengganu.
Kami menadah tangan sebesar stadium runtuh mengalu2kan kedatangan anda tak kiralah anda sokong warna apapun. Kita bersaudara.
Pemimpin kami ajar buat baik.
Kami turuti.
InsyaAllah
P/s: Pinjam gambar siapa tak tau ni..Dorang duk berarak atas air petang semalam ramai2.
Nak berarak atas jalan duk sekat. Dorang berarak atas air. Kalau atas air pun tak boleh, dorang berarak dalam air pulokkkkk
Kan dah kata rakyat Terengganu darah hanelang.
Dia melawan cara halus…pedih mat.
Telegram:
(Dila Mubarak Channel)