'Deep' Betul Pesanan Khas Pawagam Kat Terengganu Ni! Siapa Kata Dalam Berhibur Tak Boleh Amal Syariat Islam.

GAYA HIDUP
July 06, 2022 - 04:12 PM


Walaupun Kelantan baru-baru ini kontroversi lagi dengan isu pengharaman pawagam apabila pemimpinnya sendiri dilihat menonton filem Mat Kilau di panggung wayang di Kuala Lumpur -- namun lain pula yang berlaku di negeri jiran mereka iaitu Terengganu!

Terengganu yang tidak membuat larangan sama seperti Kelantan, namun masih memelihara undang-undang Islam dalam berhibur terutama menonton wayang di pawagam.

Baru-baru ini tular di laman Tiktok daripada seorang pengguna @sabri_mamat -- yang memperlihatkan bahawa terdapat pesanan daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mengenai larangan agar berkelakuan sopan di dalam panggung wayang.

Pesanan bermanfaat itu diberikan khas kepada penonton memandangkan panggung wayang merupakan sebuah lokasi tumpuan awam yang dipenuhi dengan masyarakat pelbagai lapisan umur.

Berikut antara pesanan yang dipertontonkan sebelum tayangan filem dimulakan :

“Seksyen 34: Perbuatan tidak sopan di tempat awam seperti berpelukan, bercium ataupun seumpamanya adalah satu kesalahan yang boleh didenda RM1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

“Seksyen 35: Mendedahkan mana-mana tubuhnya yang menimbulkan ghairah di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau tidak melebihi 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” 

“Semoga peringatan ini memberi manfaat kepada anda semua,” pesanan ikhlas daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Pesanan yang agak luar biasa bagi masyarakat kini bagaimanapun dipuji oleh rata-rata netizen dan menyifatkan ianya sesuatu yang bagus untuk diadakan di panggung wayang seluruh Malaysia.

Ini kerana bagi mereka ia merupakan sebuah peringatan terbaik dalam berhibur masih tetap dapat mengamalkan syariat Islam.

Rupanya ramai juga dalam kalangan netizen menyangkakan pesanan seperti ini ada di negeri lain juga.

Perbuatan berkelakuan tidak senonoh oleh segelintir penonton ketika menonton wayang, tidak dinafikan ia sememangnya berlaku. Suasana gelap ketika tayangan memberanikan individu-individu ini untuk melakukan maksiat tanpa berasa malu.

Mungkin selepas ini, pemilik dan pengusaha panggung wayang di Malaysia boleh menimbangkan peringatan yang memberi seribu kebaikan kepada masyarakat di negara ini. Semoga bermanfaat.

@sabri_mamat This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan. #terengganu #viral #fyp #melayu #matkilau #wayang ♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir

Sumber: Tiktok sabri_mamat

Destination: