Selamba Je 'Mat Salleh' Ni Meeting Pakai Kain Batik Sarung. Netizen Siap Minta Pulangkan Balik Kain Mak Dorang!

GAYA HIDUP
October 07, 2021 - 06:51 PM


Cuba korang bayangkan seorang 'Mat Saleh' yang popular dekat TikTok sebab terkenal dengan kehebatannya berkongsi tips pengurusan kewangan, tetapi masa buat mesyuarat online rupanya dia hanya memakai kain batik sahaja!

Memang jadi bahan dan virallah video TikTok dia terutama di kalangan netizen Asia sebab kain batik kan memang pakaian harian yang selalu dikenakan oleh wanita Melayu dan Asia.

Baru-baru ini, satu video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna yang menggelarkan dirinya sebagai "Mr. Wonderful" menarik perhatian netizen.

Bukan kerana kandungannya yang sering membawakan topik berkonsepkan pengurusan kewangan dan berkongsi tip-tip kerjaya, tetapi kerana penampilannya yang menggayakan baju kemeja berserta sut dengan kain batik sarung berwarna biru.

Mungkin amalan itu dianggap sebagai sesuatu yang dekat di hati mereka yang berasal dari rantau Asia Tenggara, yang mungkin pernah menyertai mesyuarat secara dalam talian dengan menggayakan kemeja, namun di bahagian bawah pinggang hanya mengenakan kain pelikat sebagai pengganti seluar.

Dari sudut biasa rakaman kamera yang hanya memerlukan pandangan wajah, memanglah tiada siapa yang tahu, dan tiada siapa pun yang perlu tahu apa yang dipakai!

Tapi melihatkan gelagat orang Barat menggayakannya, dan sengaja pula ditularkan, ia menjadi sesuatu yang unik dan menghiburkan. Hingga ada yang berjenaka di ruangan komen dengan meminta supaya kain batik itu dipulangkan semula kepada 'ibu' mahupun 'nenek' mereka.

Mr Wonderful atau nama sebenarnya Kevin O’Leary yang berasal dari Kanada sebelum ini sering mengenakan kemeja berserta sut dengan seluar pendek, namun ini adalah kali pertama dia mengejutkan orang ramai dengan penampilan berkain batik.

Setakat ini, video tersebut sudah hampir mencecah tontonan sebanyak 275,000 dengan jumlah likes 15,000.

O’Leary yang mendaftar akaunnya sebagai @kevinolearytv di TikTok adalah seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Nah, video TikTok yang dimaksudkan itu.
 

@kevinolearytv

What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! ##kevinoleary

♬ original sound - Mr. Wonderful
Destination: