Tiada Lagi Piala AFC, 4 Pasukan Wakil Malaysia di Liga Juara-Juara Asia 2024

GAYA HIDUP
October 13, 2022 - 06:16 PM


Tahniah buat bola sepak Malaysia, nampaknya masa depan bola sepak negara semakin menunjukkan peningkatan. Belum puas meraikan pasukan negara layak ke Piala Asia 2023 setelah puluhan tahun, peningkatan ranking dunia juga tidak kurang hebatnya.

Paling membanggakan pencapaian pasukan kelab di pentas asia mula terasa. Bermula dari pasukan JDT sehinggalah KL City FC baru-baru ini meletakan nama Malaysia di antara yang terbaik di Asia.

Tahukah anda pada 2013 ranking kelab pasukan Malaysia berada di tangga 17 di Asia.

Dan kini tahun 2022 sudah berada di tangga 8 Asia dan mungkin akan memintas Hongkong untuk berada di tangga ke-3 Asia timur di belakang kelab daripada Jepun dan Korea selatan.

Menurut laporan daripada AFC penyumbang terbesar kenaikkan mendadak kelab daripada Malaysia adalah daripada bermulanya 2015 semenjak JDT memenangi piala AFC 2015.

Pasukan JDT penyumbang Mata paling banyak untuk ranking pasukan kelab daripada Malaysia. Musim 2024 sudah sah kelab daripada Malaysia tidak akan beraksi di piala AFC.

Bermula musim 2024 pasukan daripada Malaysia hanya akan beraksi di piala liga juara juara Asia dengan 2 kelab secara automatic dan 2 kelab lagi secara play off. Bagaimanapun jika kedua-duanya gagal, dua pasukan tersebut akan layak secara automatik beraksi dalam saingan Piala AFC.

Ini bermakna 4 kelab daripada Malaysia akan beraksi di liga juara juara Asia 2024. 

Ini adalah salah satu faktor mengapa MFL menukar format liga super musim 2023. MFL mahukan pasukan yang betul betul bersedia untuk beraksi di pentas tertinggi Asia.

Tak lupa jugak bahawa setakat ni kelab dari Malaysia kutip MA point terbanyak setakat ini.