Top 10 : Rekabentuk Motorsikal Dan Skuter Sepanjang 2018

GAYA HIDUP
December 07, 2018 - 03:11 PM


Dah nak dekat penghujung 2018 ni, kebanyakan dah mula buat kompilasi terbaik. Kami pun tak kurang juga, nak kumpulkan apa yang terbaik sepanjang tahun 2018. Untuk kategori motorsikal dan skuter ni, kita tengok yang ‘rare’ dan terbaik dikeluarkan.

Mungkin dalam senarai ni, ada yang hanya prototaip, ada jugak yang hanya dibuat sekadar sebagai pertunjukan. Apa yang boleh kitorang simpulkan, 2018 trendnya adalah elektrik. Banyak pengeluar yang hasilkan motorsikal dan skuter konsep dan menggunakan elektrik sebagai sumber tenaga.

Ini adalah design motorsikal dan skuter terbaik sepanjang 2018 :

#1. ‘Death Machine’

Model asal motorsikal ini diambil daripada Moto Guzzi. Moto Guzzi Lemans MKII Airforce ini dihasilkan sempena memperingati seorang juru terbang merangkap veteran perang dunia dan juga pengasas Moto Guzzi sendiri iaitu Giovanni Ravelli. Motorsikal ini memaparkan kemasan bahagian badan dengan padanan aluminium dan juga perincian kulit.

Nampak garang habis.

 

#2. Nera

Nera adalah motorsikal yang pertama di dunia yang dihasilkan menggunakan teknologi 3D-printed. Dihasilkan oleh Marco Mattia Cristofori dan Maximilian Sedlak, Nera mempunyai beberapa teknologi yang canggih seperti tayar tanpa angin, pemanduan tanpa fork dan bahagian elektronik yang siap tersedia.

Kesemua bahagian ‘Nera’ seperti tayar, rim, kerangka, fork, dan tempat duduk di buat sepenuhnya menggunakan 3D printing. Hanya bahagian komponen elektronik sahaja bukan 3D printed. Untuk sekarang, motorsikal ini dalam peringkat prototaip.

 

#3. Honda eCUB2

Direka oleh Shanghai Custom, motorsikan yang diberi nama eCub 2 ini adalah motorsikal elektrik yang berjaya memadankan chasis Honda ‘cup’ klasik dan juga sistem pemanduan elektrik. Motorsikal keluaran asal tahun 1950 ini berjaya dimodenkan dan mengurangkan pencemaran.

 

#4. Bandit9 L Concept

Bandit9 ni konsepnya adalah sains fiksyen. Katanya dia diinspirasikan oleh kapal perang USS enterprise.

Bentuk rekaannya sangat minimalis dan bahagian badan yang ‘unibody’ ini mengambil masa 60 jam untuk disiapkan.

 

#5. LiveWire

LiveWire adalah model pertama keluaran Harley Davidson yang dijanakan oleh elektrik. Dipertontonkan pada EICMA di Milan, model ini masih mengekalkan ciri-ciri keaslian sebuah Harley Davidson, stail yang ikonik cuma kuasanya adalah elektrik.

Ini jugak merupakan model pertama Harley yang tidak mempunyai clutch. Dengar kata akan masuk pasaran, Cuma tarikh belum diumumkan.

 

#6. Skuter Imbang Sendiri

Skuter imbang sendiri inin adalah inovasi yang direka oleh pereka produk dari California, Nathan Allen. Konsepnya senang, tayar besar di padankan dengan kerangka satu tiub. Buat masa sekarang, skuter ini dalam fasa prototaip.

Khabarnya, ia mampu membawa beban sehingga 113kg dan dikuasakan motor bergear, kuasanya 1000W.

 

#7. 9cento Motorsikal Konsep BMW Motorrad

Concept 9cento adalah definasi yang sesuai untuk dua dunia permotoran. Nak stail pun iya, nak kuasa pun iya. Pertama kali dipertontonkan di D’eleganza 2018, ia mempunyai sistem simpanan luggage yang ringan di bahagian sisi.

 

#8. Ujet – Skuter Boleh Dilipat Penuh

Selalu kita dengar pasal basikal lipat, Ujet ni pulak adalah skuter boleh lipat!

Syarikat pengeluar berpangkalan di Luxemborg ini hasilkan sebuah kenderaan yang sangat efisyen untuk kegunaan di bandar-bandar yang sibuk. Dikuasakan oleh ekeltrik, skuter ini boleh dilipat sepenuhnya .

Didatangkan dengan 2 pek bateri, ia mampu bergerak sejauh 70km hingga 150km.

 

#9. KALK

Motorsikal off road keluaran syarikat Cake ini sangat terhad, ada 50 unit sahaja. Dikuasakan dengan motor 15kW dan bateri 50Ah, ia mampu pergi selaju 80 km/j . Dengan satu pengecasan, KALK mampu berjalan sehingga 80 kilometer.

 

#10. Indian Scout Bobber

Alfredo ‘Fred’ Juarez telah meng-kustom motorsikan ini dan memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat Indian Motorcyle iaitu ‘The Wrench : Scout Bobber Build Off’. Kerangka yang terdedah ni membolehkan orang ramai nampak enjin motor tersebut. Senang cerita, memang nampak garang.